Nak Salahkan Orang Lain Lah Tu.....Azmin sahkan kerajaan Selangor lulus tiga projek lebuhraya sebelum beliau jadi MB

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membayangkang projek pembinaan tiga lebuh raya baru di negeri itu diluluskan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beberapa tahun lalu.

Azmin berkata pembinaaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) diluluskan kira-kira lima tahun lalu.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 dan hanya  berundur daripada jawatan itu September tahun lalu.

"Tiga lebuh raya ini bukan lebuh raya baru, (tetapi) telah pun diluluskan beberapa tahun lalu. Saya akan berikan perincinan pada minggu hadapan. Unit Perancangan Ekonomi telah mengemukakan satu laporan tentang kedudukan lebuhraya yang berkenaan," kata beliau.

"Tidak ada lebuh raya yang diluluskan semenjak saya ditugaskan menjadi Menteri Besar, tetapi gambaran dalam media sosial seolah-olah tiga lebuh raya ini adalah lebuh raya baru dan diluluskan oleh pentadbiran yang baru semenjak saya ambil alih, itu tidak benar sama sekali.

"Kelulusan telah diberikan jauh lebih awal saya ingat mungkin lima enam tahun lepas, saya kena semak semula tarikhnya, saya tidak mahu membuat sebarang andaian,"

"Pada minggu depan kita akan adakan sidang media untuk menjelaskan perkara-perkara berkenaan lebuh raya. Apa yang saya nyatakan di sini adalah dasar kerajaan negeri pada hari ini menetapkan kerajaan pusat mesti menerima pakai Seksyen 20(A) (Akta Perancangan Bandar dan Desa)," kata Azmin di sidang media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, petang tadi.

Projek berbilion ringgit itu diumumkan oleh Perdana Menteri semasa membentangkang Bajet 2016 23 Oktober lalu.  Penduduk yang terkesan dengan projek berkenaan mendakwa mereka tidak diberikan butiran mengenainya oleh kerajaan negeri dan berpendapat pembinaan lebuhraya tambahan itu hanya memburukkan lagi kesesakan lalu lintas.

Sementara itu menyentuh peranan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menjadi pertikaian politik sebelum ini, Azmin menegaskan kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak untuk proses rasionalisasi dan konsolidasi aset-aset kerajaan negeri.

Malah beliau menegaskan bersedia untuk diaudit sebagai menunjukkan ketelusan badan tersebut.

"Sudah tentu, saya sudah sebut banyak kali di sesi DUN, Saya bersedia untuk jabatan audit negeri mengaudit operasi DEIG, kerana itu penting kerana hak rakyat dan rakyat bertanggungjawab dan tahu tentang operasi yang dijalankan.. inilah sebahagian perkara yang kita sedang teliti supaya isu governance dapat diperkukuhkan sebelum beroperasi," ujarnya lagi.

Penubuhan DEIG dikritik banyak pihak antaranya ADUN Selangor termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Abdul Khalid mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjelaskan DEIG, yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI, ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana