MotoGP dan F1 tidak boleh dianjurkan berturut-turut di Litar Sepang

Impian untuk menyaksikan dua acara permotoran paling berpresij - Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) serta Formula Satu (F1) - berlangsung buat kali pertama secara berturut-turut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada tahun depan mungkin tidak menjadi kenyataan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali, Dorna sebagai pemegang hak penganjuran MotoGP memaklumkan kepadanya untuk menukar tarikh itu kepada penghujung Oktober, tarikh asal penganjuran untuk GP Australia.

“Dorna memaklumkan penganjuran MotoGP mungkin ditunda kepada hujung Oktober dengan persefahaman bersama pihak penganjur GP Australia.

“Mereka juga tidak mahu mengambil risiko untuk menganjurkan MotoGP berturut-turut dengan F1.

“Saya mengadakan perbincangan dengan Dorna pada Jumaat lalu dan rumusannya ialah semua pihak akan pening kepala jika kedua-dua perlumbaan ini berlangsung berturut-turut.

“Paling logik menunda penganjuran MotoGP ke tarikh yang lebih kemudian,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan F1 serta MotoGP akan berlangsung secara berturut-turut pada Oktober tahun depan.

Ini berikutan kalendar F1 yang dikeluarkan Majlis Permotoran Dunia (WMSC) menyaksikan perlumbaan berprestij itu dijadualkan berlangsung pada 2 Oktober.

Tarikh yang ditentukan untuk saingan MotoGP pula seminggu selepas itu pada 9 Oktober.

Pengurusan F1 (FOM) dilihat mendengar cadangan SIC yang mahu mengubah kalendar perlumbaan F1 di Sepang selepas sekian lama Malaysia menganjurkan perlumbaan itu pada awal musim.

Hanya pada penganjuran pertama iaitu 1999 serta 2000 Malaysia diberi penghormatan menganjurkan perlumbaan F1 di hujung musim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana