Mahathir Mengecewakan Pakatan Harapan...Mungkin Dekat PRU Akan Dilakukan...Nya...Percayalah Nanti?

Kelmarin, heboh diperkatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed dikhabarkan akan meninggalkan UMNO untuk sekian kalinya setelah kali terakhir beliau berbuat demikian pada tahun 2007. Beliau dikhabarkan akan membuat pengumuman lewat petang semalam namun secara tiba-tiba beliau mengubah pendirian beliau.

Berita ini nyata mengecewakan hampir semua pemimpin Pakatan Harapan yang menunggu pengumuman rasmi beliau kelmarin. Di percayai, beliau mengubah pendirian beliau di saat-saat akhir berikutan terdapat desakan dari kalangan penyokong beliau sendiri yang mahu beliau kekal di dalam UMNO demi menjaga maruah beliau selaku bekas Presiden UMNO.

Beliau juga dilaporkan agak terkejut dengan pendirian bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri.

Apa yang pasti, menurut sumber dalaman Parti Amanah Negara (PAN), mereka dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan agak kecewa dengan keputusan Tun M kelmarin disaat hampir semua pemimpin parti pakatan pembangkang ini menunggu dengan penuh debar pengumuman yag bakal dilakukan oleh Tun M ini.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan hari ini dilaporkan sekali lagi cuba memujuk Tun M supaya meninggalkan UMNO untuk menyertai perjuangan Pakatan. Menurut sumber ini lagi, andai Tun M bersetuju untuk menyertai Pakatan, pastinya akan lebih ramai pemimpin UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie dan Ku Li juga akan menuruti jejak langkah Tun M.

Tambah sumber ini lagi, ini pastinya memberi kekuatan tambahan kepada Pakatan dalam merencana strategi ampuh bagi menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib. Apa yang menarik untuk disaksikan, adakah usaha ini akan berjaya dan Tun M akhirnya meninggalkan UMNO demi hipokrasi kuasa?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana