Lim Kit Siang Semakin Tidak Relevan

Lebih 50 tahun dalam politik dengan 46 tahun sebagai ahli parlimen, Lim Kit Siang sepatutnya cukup matang berpolitik. Walaupun jalan politiknya turun naik, diakui Kit Siang berjaya memberi nyawa kepada DAP untuk terus bertahan hingga sekarang.

Pada 20 Februari depan, pemimpin veteran DAP itu dijangka menyambut ulangtahun kelahirannya ke-75.

Namun, bagi kebanyakan manusia, pada usia demikian, sudah ada yang nyanyuk dan kadangkala bercakap serta melakukan perbuatan yang tidak relevan lagi. Bagaimana dengan Kit Siang?

Melihat tindak tanduk Ahli Parlimen Gelang Patah di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, timbul persoalan adakah Kit Siang sudah nyanyuk atau tidak relevan lagi sebagai ahli parlimen.

Ini kerana beliau gagal memahami kenapa usul penggantungan terhadapnya apabila terus mencanangkan kononnya beliau digantung sebagai ahli Dewan kerana mengkritik 1MDB.

Malah, anaknya Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Isnin juga membuat dakwaan sama kerana mahu mempertahankan bapanya.

Kini beliau mengaitkan pula hukuman itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengemukakan usul menggantungnya sebagai ada kepentingan dalam isu derma RM2.6 bilion.

Beliau mencabar Azalina dan lain-lain pemimpin termasuk menteri dan timbalan membuat perisytiharan tidak menerima sumbangan itu daripada Perdana Menteri.

Apa berlaku di Dewan Rakyat Khamis lalu cukup mudah. Ia hanya antara Kit Siang dengan Speaker Pandikar Amin Mulia.

Speaker hanya meminta Ahli Parlimen Gelang Patah meminta maaf dan menarik balik tuduhannya terhadap Pandikar Amin yang disifatkan sebagai diktator serta salah guna kuasa.

Ia tidak ada kena mengena dengan 1MDB mahupun RM2.6 bilion.

Malangnya, tindakan Kit Siang meninggalkan Dewan lebih awal pada petang Rabu yang sepatutnya mendengar permohonan maafnya membuktikan beliau sengaja mahu mencari populariti dengan isu tersebut.

Ini kerana DAP perlu menunjukkan bahawa merekalah juara isu rakyat ketika PKR semakin hilang arah tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula bergeseran dengan pemimpin-pemimpin Amanah.

Sepatutnya, Kit Siang memohon maaf dan menarik balik tuduhan beliau terhadap Speaker. Jika beliau berlapang dada dan bersikap gentleman, tentu beliau akan berbuat demikian.

Mustahil lebih 40 tahun sebagai ahli parlimen, Kit Siang tidak mengetahui bidang kuasa dan budi bicara speaker yang duduk di kerusi di Dewan yang mulia itu.

Apabila enggan mengaku, beliau mengalih isu bahawa penggantungan terhadapnya selama enam bulan daripada menghadiri Dewan disebabkan isu 1MDB.

Realitinya, kelapa semakin tua semakin banyak santan. Malangnya, santan Kit Siang ibarat santan yang mudah basi.

Jelaslah, menjelang 75 tahun usianya dan 50 tahun usia DAP, Kit Siang sudah tidak relevan dan masanya sudah tiba beliau mengikut jejak rakan-rakan seangkatannya yang sudah meninggalkan kerusi Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana