Kuasa Punya Pasal.....“Dua Pakatan” Berebut Kuasa Di Selangor

Asalkan kena dengan kehendak mereka maka segala-galanya bertukar menjadi halal. Itulah gambaran yang tepat mengenai kedudukan pakatan di Selangor. Walaupun sebelum ini kita dihidangkan dengan episod pertelingkahan antara DAP dan PAS sehingga membuatkan mereka berpatah arang berkerat rotan, namun secara keseluruhannya ia tidak membawa sebarang perubahan besar di Selangor.

Pertelingkahan DAP dan PAS telah membabitkan isu maruah. Namun apabila berlaku pertembungan antara maruah dan ketamakan kuasa untuk memerintah maka semua perkara “dihalalkan”. Usah bicara isu perjuangan apabila anda gagal mempertahankan prinsip asas parti anda sendiri.

Baru-baru ini PAS melalui  Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan yang kerajaan Selangor boleh mempunyai dua pakatan pembangkang serentak. PAS  berpendirian mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir Selangor.

Perkara mustahil kini bagi mereka sudah tidak mustahil lagi. Mereka sanggup menggunakan contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada tahun 1990.

“Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan,” kata Takiyuddin.

Dalam masa yang sama, Semangat 46 juga berada dalam gabungan pakatan pembangkang lain iaitu Gagasan Rakyat, yang tidak diwakili parti pembangkang di peringkat pusat seperti DAP.
“Perkara sama boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan, satu lagi Pakatan antara PAS dan PKR,” kata Takiyuddin.

Walaupun PAS bersengketa dengan DAP namun mereka  masih mengekalkan hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR. PAS merupakan penyokong kuat Azmin Ali dan antara pendorong utama yang merealisasikan cita-cita Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Takiyuddin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud, mereka masih bersama. Mereka sedar bahawa tanpa PAS , kerajaan negeri Selangor akan berkubur. Malahan semasa krisis peralihan menteri besar,  semua Exco DAP telah dipecat.

Dengan kata lain, Pakatan Rakyat masih wujud dalam bentuk hubungan kerjasama antara PAS dan PKR, tanpa DAP. Ironinya pula,  Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak kenyataan tersebut pula.

Adakah PAS sekadar “syok” sendiri dalam isu ini? Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa dalam isu kerajaan Selangor ini, PAS sedang dipergunakan bagi memastikan Selangor yang dikuasai oleh pembangkang tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional semula. Pakatan yang wujud antara PAS dan PKR tanpa DAP sekadar cara. Hakikatnya memang pahit namun terpaksa ditelan juga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana