Jangan Bagi Muka Lagi Orang Seperti Ini.....Kes pijak gambar Hadi-Najib: Kertas siasatan dah siap

Polis telah menjalankan siasatan terhadap kejadian memijak gambar Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan dijalankan dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan itu telah dirujuk kepada timbalan pendakwaraya pada 17 September lalu untuk arahan selanjutnya," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan bertulis Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan hasil siasatan dan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang memijak gambar Najib dan ahli UMNO yang membakar patung dan gambar Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang (Gelang Patah).

Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga menyiasat insiden membakar patung Guan Eng dan Kit Siang di bawah seksyen yang sama dan kertas siasatan itu telah diserahkan kepada timbalan pendakwaraya pada 13 Oktober lalu untuk tindakan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana