Hadi saran pengundi memilih PAS berbanding Amanah jika mahu perubahan

KUALA LUMPUR: Orang Islam dan bukan Islam yang mahukan perubahan pada negara diseru mengundi PAS, berbanding memilih Parti Amanah Negara (Amanah), demikian ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, sebarang usaha mengundi parti lain dilihat tidak akan menjayakan harapan rakyat yang selama ini mahu melihat perubahan kepada negara.

"Perkara (jangkaan itu) saya sudah tahu (agak) dan bagi orang Islam dan bukan Islam, kalau mereka mahu perubahan, mereka undi PAS.

"Mereka mahu perubahan, undi PAS. PAS parti yang terbuka kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen di sini, pada Selasa.

Beliau mengulas Parti Amanah Negara (Amanah) yang dilihat terpaksa terus berkempen untuk DAP kerana dari awal lagi menyedari bahawa parti serpihan PAS itu tidak akan berjaya menarik orang Islam untuk mengundinya pada pilihan raya umum.

Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan Pakatan Harapan di Klang malam kelmarin menegaskan bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah `contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara’.

Dalam ucapannya, Salahudin turut menjelaskan bahawa Amanah tidak ada jaminan untuk menang dalam pilihan raya akan datang dan masih belum membincangkan kerusi mana yang mereka ingin tandingi.

Tambah Abdul Hadi lagi, sekiranya orang Islam dan bukan Islam memilih parti Islam itu, mereka mempunyai banyak pilihan kerana PAS juga menyediakan sayap lain bagi memenuhi kehendak pengundinya.

"Kita ada sayap parti (Dewan Himpunan Penyokong PAS), kita ada macam-macam dan kita ada hubungan dengan semua NGO termasuk Islam dan bukan Islam," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut mengulas mengenai keengganan majoriti ahli Parlimen parti Islam itu mengikuti langkah parti pembangkang lain mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion?”, kerana menyifatkan ia merupakan tindakan tidak beradab.

"Kita ahli-ahli Parlimen bukan tunjuk perasaan jalanan, saya sudah sebut tadi supaya membangkang dengan beradab," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Harapan yang masih tidak sah di sisi Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri yang juga menteri kewangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana