Exco PKR Malik Abul Kassim YDP Baharu MAIPP ?

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim, salah seorang nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Abdul Malik merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) PKR Batu Maung, manakala Salleh Man pula merupakan ADUN tunggal PAS di Permatang Pasir.

Selain nama Abdul Malik, dua lagi nama turut diketengahkan iaitu Dato’ Abdul Halim Hussain dan Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dedah Facebook Komunikasi Amanah Pulau Pinang.

Abdul Halim merupakan Ketua Cabang PKR Balik Pulau dan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang merupakan penyandang Timbalan Yang Dipertua MAIPP sekarang ini.

Manakala Dr Mujahid adalah Pengerusi Parti Amanah Negara Pulau Pinang dan Naib Pengerusi Amanah pusat.
Dr Mujahid Yusof Rawa

Sebelum ini, Dr Mujahid adalah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang iaitu sebuah kolej di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Komunikasi AMANAH Pulau Pinang turut mendedahkan Salleh Man turut dipanggil PAS untuk menghadiri majlis dialog secara tertutup di Dewan Haji Yusof Rawa dekat Sama Gagah, jam 9.30 malam semalam.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh, Tuan Jamsari Samad hadir ke majlis yang diadakan peringkat PAS Kawasan Permatang Pauh itu, dedahnya.

“Jamsari sendiri, katanya akan tanya pendirian sebenar ADUN Permatang Pasir (Mohd. Salleh) sama ada kekal bersama-sama PAS atau turut mengkhianati perjuangan Islam dengan menyertai PAN (Parti Amanah Negara, AMANAH) dalam dialog malam ini,” jelas sumber semasa dihubungi komunikasi Amanah itu

Menurut Amanah Pulau Pinang, sumber-sumber dalaman memaklumkan kepada pihaknya, ada usaha-usaha untuk menyingkirkan Salleh Man daripada arena politik.

“Mungkin Ustaz Salleh akan dikekalkan sebagai Yang di-Pertua MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) atas ‘timbang tara Komtar’.

“Kalau begitu, sebenarnya PAS lebih untung jika Ustaz Salleh kekal (dilantik) sebagai Yang di-Pertua MAINPP, berbanding parti pengkhianat PAN.

“Mungkin dialog malam ini (semalam) hanya ‘batu loncatan’, kerana pemuda PAS pun sebenarnya sedang mengintai untuk meletakkan ketua mereka (Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azemuddin) bertanding kubu kuat PAS (ADUN Permatang Pasir) itu pada PRU14 nanti,” jelas seorang veteran PAS yang juga anggota Majlis Tindakan DUN (MTD) Permatang Pasir, semasa dihubungi komunikasi Amanah.

Semalam, Salleh Man dilaporkan Bernama berkata beliau akan terus memegang jawatan yang disandangnya itu sehingga tempoh perkhidmatannya tamat Disember ini.

Beliau berkata tidak timbul isu perlu mengosongkan jawatan berkenaan seperti desakan pihak tertentu kerana pelantikannya adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab desakan pihak tertentu yang mahu saya mengosongkan jawatan itu kerana saya tidak mahu memanjangkan isu.

“Mereka mendesak saya kosongkan jawatan tetapi ada pihak lain minta saya kekal di situ.

“Jadi hari ini saya ingin jelaskan yang saya akan terus menjalankan tugas ini sehingga tempoh jawatan saya berakhir,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Berzakat dan Kempen Zakat di Bas Rapid Penang.

Mengenai sama ada khidmatnya untuk jawatan itu disambung atau tidak, Salleh berkata ia terpulang kepada keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

September lepas, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang mahu Salleh mengosongkan jawatan itu kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pelantikan Yang Dipertua MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana