Debat: Hello Tony Pua…Nazri kata wajib letak jawatan ahli PAC

Sebagai menteri yang pernah jaga urusan Parlimen selama hampir 10 tahun,sudah pasti Datuk Seri Nazri Aziz cukup mahir tentang peraturan apa yang boleh dan tidak boleh di Parlimen.

Kalau dengar cakapnya maka Ahli Parlimen DAP Tony Pua tidak boleh main pandai-pandai dakwa beliau tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya mahu berdebat dengan CEO 1MDB Arul Kanda mengenai isu 1MDB.

Nazri yang kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak teragak-agak kata Tony Pua wajib letak jawatan ahli PAC untuk tujuan itu.

Ditemui wartawan di lobi parlimen Khamis,beliau kata, "Badan itu (PAC) sedang menyiasat, bagaimana anda nak berdebat apabila anda masih menjadi anggota? Beliau (Pua) perlu menjadi seorang yang berkecuali, letak jawatan daripada PAC dan pergi berdebat dengan Arul Kanda.”
Senada dengan Nazri, Datuk Liang Teck Ming (BN-Simpang Renggam), menegaskan Tony Pua perlu menghormati institusi Parlimen kerana beliau ialah anggota PAC dan siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan.

Dalam kenyataan diedarkan di lobi Parlimen hari ini, Liang berkata tiada Parlimen di dunia yang akan membenarkan perkara seumpama itu.

"Mengadakan debat yang disiarkan secara langsung di TV berkaitan perkara yang sedang disiasat oleh Parlimen merupakan satu penghinaan kepada Parlimen.

"Sekiranya ini merupakan kes undang-undang, ia adalah sama seperti anggota juri atau hakim berhujah dengan tertuduh di mahkamah dan disiarkan secara langsung di TV," katanya.

Sementara itu sebilangan Ahli Parlimen lain yang ditemui wartawan juga menegaskan Tony Pua mesti letak jawatan jika hendak berdebat dengan Arul Kanda.

Dalam kenyataannya Khamis, Arul Kanda berkata beliau bersedia bersemuka dengan Tony Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.

Bagaimanapun Ahli Parlimen DAP itu menolaknya dan menyifatkan syarat itu tidak masok akal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana