DAP Selangor Sedia Rampas 8 Kerusi DUN Milik PAS

 DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang sekarang ini dimiliki PAS, kata Pengerusi DAP negeri, Tony Pua.

Menurutnya, lapan kerusi milik PAS itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

“Kita, DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di beberapa kerusi DUN yang dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebelum ini.

“Kerusi-kerusi ini termasuklah DUN Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat,”kata Pua kepada KiniTV hari ini.

Tambah Pua, keputusan rasmi berkenaan pertandingan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor, gabungan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Pua yang turut dilaporkan Antarapos berkata jika pertandingan tiga penjuru di antara PAS, DAP dan BN berlaku di lapan kerusi negeri berkenaan pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkeyakinan DAP boleh muncul sebagai pemenang.

“Kami akan melakukan segala persiapan diperlukan bagi membolehkan kami bertanding di kerusi-kerusi berkenaan, bermula dengan Taman Templer.

“Sebagai langkah pertama, kami sudah melantik Edry Faizal (aktivis DAP Selangor) sebagai penyelaras yang akan membuka jalan bagi membolehkan DAP bertanding di situ,”kata Pua

Apabila ditanya sama ada ini akan menegangkan lagi hubungan DAP dan bekas sekutunya itu, Pua berkata, PAS sendiri sudah beberapa kali menyatakan ia mahu bertanding di kerusi yang dipertandingkan oleh DAP.

“Kami percaya kami mempunyai pengaruh besar di kawasan berkenaan. Ia boleh ditawan, maka ia tidak akan menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor,” tambahnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad mengingatkan DAP bahawa tindakan mereka itu hanya akan menguntungkan musuh politik bersama.

“Jika berlaku perpecahan undi yang untung adalah Umno-BN. Bagaimanapun kami dah tahu strategi mereka (DAP).

“Kami telah terima laporan tentang perpindahan pengundi ke DUN PAS. Tetapi kami tetap yakin akan dapat pertahankan kerusi-kerusi kami,” kata Iskandar yang juga ADUN Chempaka ketika dihubungi Malaysiakini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana