DAP Isytihar Bertanding Lawan PAS di 8 Kerusi DUN Selangor

KUALA LUMPUR 30 Okt - DAP mengumumkan persiapan untuk meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang kini dipegang oleh wakil PAS.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu sidang media di ibu negara pada Jumaat berkata, lapan kawasan DUN yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Kita akan buat persediaan untuk bertanding di kawasan-kawasan ini. Sama ada kita akan bertanding di kesemua DUN itu atau beberapa daripadanya akan dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan negeri Selangor.

“Ia bergantung kepada rundingan, namun kami akan lakukan persiapan yang sewajarnya untuk bertanding di lapan kerusi tersebut yang kini dipegang oleh wakil PAS,” ujar Tony.

Sebagai langkah pertama, DAP telahpun melantik Naib Pengerusi DAP Bandar Utama Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras bagi DUN Taman Templer, untuk menjalankan langkah-langkah persediaan bagi DAP bertanding di situ.

Apabila ditanya kepada beliau sama ada hasrat tersebut sudah disampaikan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Menteri Besar Selangor, Tony memberi reaksi dengan mengatakan bahawa perkara itu tiada kena-mengena dengan  Mohamed Azmin Ali.

“Apa kena-mengena perkara ini dengan Azmin?

“Dia Menteri Besar Selangor tapi kita bercakap tentang pilihan raya pada 2018. PKR silalah bekerjasama dengan PAS. Apa kena-mengena dengan DAP? PAS sendiri sudah kata mereka hendak bertanding di kerusi-kerusi yang disandang DAP,” ujar Tony.

Dalam perkembangan berkaitan, DAP Selangor bakal menjalankan Konvensyen Negeri pada 1 November 2015 di Petaling Jaya dengan jangkaan kehadiran 1,220 delegasi .

Sejumlah 36 calon akan bertanding untuk merebut 15 jawatan tertinggi bagi mengisi Jawatankuasa Negeri Selangor tahun 2015 hingga 2017.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana