Alhamdulilah....PAS akan berkerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat

PAS akan bekerjasama dengan UMNO hanya dalam hal kebaikan membabitkan kepentingan rakyat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata dasar yang diamalkan PAS adalah dasar Islamik yang diamalkan sejak daripada dahulu lagi.

“Secara umumnya kita boleh berbaik dengan mana-mana pihak termasuk Umno dalam hal kebaikan membabitkan rakyat.

“Sebagai contoh, dalam hal bantuan kepada mangsa banjir dan kita boleh berkompromi. Dan dalam hal ini kita tidak membabitkan kerjasama politik. Itu adalah hal yang berasingan,” katanya ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Kota Bharu pada Rabu.

Ujarnya, surah al-Quran juga ada mengatakan “Hendaklah kamu berkerjasama dalam perkara yang boleh membawa kebaikan, ketakwaan dan jangan sesekali kamu berkerjasama dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan, membawa dosa dan permusuhan.”

Katanya, ini dasar Islam, bukan dasar PAS malah sudah sekian lama diamalkan.

“Musuh ada batasnya… takkan musuh nak kerjasama dengan kita… Pada pokoknya itulah maksud Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai ada tohmahan dilemparkan pihak tertentu mengenai salah laku seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Yakob berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk membuat siasatan.

Katanya, jikalau perkara itu sudah dibawa ke SPRM, Kerajaan Negeri berharap siasatan rapi dijalankan.

“Kita sentiasa terbuka dalam isu ini. Sejak zaman Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kita memang membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk membuat siasatan dan tidak berniat untuk melindungi sesiapa dan kita adalah kerajaan yang penuh dengan integriti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana