Ummi Hafilda Tubuh NGO Baharu, Mahu Suara Rakyat Didengari...Siapa Mahu Ikut Tu?

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu bagi mengangkat "kuasa suara rakyat" supaya ia didengari.

NGO yang dinamakan sebagai 'Kuasa Suara Rakyat' (KSR) itu didaftarkan pada minggu lalu, dengan jawatan presiden disandang oleh Ummi sendiri.

Ummi berkata, rakyat mahukan jawapan kepada banyak masalah yang dihadapi negara, antaranya merupakan isu yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Ummi turut mencabar Najib supaya mengangkat 'sumpah laknat' berhubung derma berjumlah RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya dari Timur Tengah.

Beliau berkata, satu majlis solat hajat akan diadakan di Putrajaya yang bakal dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai kira-kira 50,000 orang.

Menurut Ummi, kini adalah masanya untuk mereka yang berkuasa memberikan jawapan kepada rakyat.

"Suara rakyat mesti dihormati dan didengari. Suara mereka mesti sampai ke telinga pemimpin-pemimpin. Kita tidak mahu pemimpin yang pekak badak, sombong atau syok sendiri," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Ummi yang merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, beliau merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bercakap mengenai masalah rakyat walaupun tidak pernah memegang jawatan dalam Umno mahupun Kabinet.

Ummi mengumumkan keluar dari Umno selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai lalu.

"Saya rasa bahawa saya perlu melakukan sesuatu apabila saya terima beribu-ribu mesej daripada rakyat supaya sesuatu dapat dilakukan," katanya sambil menambah bahawa beliau keluar dari Umno kerana beliau merupakan seorang yang mempunyai prinsip.

Menurut Ummi, NGO yang baharu ditubuhkan itu terbuka penyertaan kepada semua kaum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana