Senang Nya Bercakap....Khalid, Dr Mariah jamu fakir miskin briyani kambing bayar kafarah

SHAH ALAM: Dua ahli PAS yang menyertai parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) – Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Dr. Mariah Mahmod (ADUN Kota Raja) – mengesahkan akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu bagi membayar kafarah berikutan tindakan mereka keluar PAS yang melanggar baiah mereka ambil ketika menjadi calon PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Oleh itu, kafarah yang mereka pilih adalah dengan menjamu makan malam kepada 100 fakir miskin dengan nasi briyani kambing di Dewan Merbau Sekyen 17, Shah Alam, katanya.

"Oleh kerana ini, saya dan rakan termasuk Dr. Mariah, kita akan membuat majlis kafarah dengan memberikan makanan kepada fakir miskin pada malam esok mulai jam 8 malam dan kita jemput dan akan bawa orang-orang miskin daripada kawasan Shah Alam dan Klang sebagai majlis kafarah langgar baiah yang telah kita lakukan," katanya.

"Pendirian saya dan rakan-rakan berhubung baiah ini telah saya nyatakan dalam blog saya berhubung persoalan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan pelanggaran baiah.

“Saya telah jelaskan maksud dan sebab kenapa tidak perlu letak jawatan dan kenapa ianya tidak dilihat sebagai satu kesalahan bagi kami untuk tubuh parti baru dan sertai parti baru."

Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.

Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana