PKR Tidak Perlu Harapkan PAS

KOTA BHARU 29 Sept - PKR perlu berhenti daripada terus mengharapkan Pas akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pendirian Pas sangat jelas bahawa mereka sama sekali tidak akan menjalin kerjasama politik dengan DAP mahupun Amanah walaupun PKR berusaha menjadi pendamai.

“Selagi ada DAP dan Amanah, kami tidak dapat bersama-sama (menyertai pakatan baharu). Pada pandangan kita, Pakatan Rakyat (pembangkang) masih wujud melalui Pas dan PKR.

“Sekarang ini, kita masih lagi mempunyai hubungan baik dengan PKR contohnya di Selangor. Kita masih kekal dengan PKR.

“Bagaimanapun, Pas tidak akan campur tangan berkaitan hubu­ngan PKR dengan DAP dan Amanah. Itu hak dia (PKR),” katanya selepas majlis perasmian Pesta Tanglung 2015 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PKR yang masih mengharapkan Pas akan dapat bekerjasama dalam pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan pada 22 September lalu.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut menyatakan kesediaan parti itu untuk memainkan peranan sebagai jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan perbezaan pendapat supaya mereka dapat bekerjasama dalam satu pasukan.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Pengerusi Dewan Himpunan Tionghua Kelantan, Oie Poh Chun.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah bersetuju untuk menjadikan pesta tanglung tersebut sebagai salah satu acara Tahun Melawat Kelantan pada tahun hadapan.

“Saya berharap pihak penganjur akan dapat menarik lebih ramai penyertaan supaya lagi meriah pada tahun hadapan.

“Dengan menjadikan pesta tanglung ini dalam kalendar kita, diharapkan lebih ramai yang dapat mengenali budaya unik masyarakat Tionghua,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana