PKR Mahu Ulang Semula Pembohongan Besar 16 September 2008

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul menyifatkan hasrat PKR untuk memancing 47 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak merupakan ulangan semula pembohongan sepertimana yang pernah dilakukan pembangkang pada 16 Sept 2008.

Menurut beliau, jika ada pun usaha sebegitu yang dilakukan oleh pembangkang, maka jelas ia merupakan satu usaha yang tidak masuk akal dan sia-sia.

“Saya tidak fikir bahawa ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan berbuat begitu. Ini disebabkan PKR bukanlah satu parti yang kuat dan hanya mendapat sokongan rakyat atas pendekatan politik persepsi dan bukanlah di atas kemampuan mereka mentadbir.

“Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk menarik ahli parlimen seramai itu kerana ianya sudah pasti melibatkan pelbagai perkara termasuk wang ringgit. Jadi saya lihat kenyataan PKR ini tidak munasabah dan ianya lebih kepada taktik politik yang sama pernah mereka lakukan dulu.

“Dan sekiranya benar-benar ada usaha yang mereka buat untuk menarik ahli-ahli parlimen itu maka bagi saya, ianya satu usaha yang sia-sia kerana mana mungkin ahli-ahli parlimen tidak berfikir mana yang baik mana yang buruk, mana yang kukuh mana yang rapuh, mana yang mampu dan mana yang tidak16 Sept mampu,”ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, pembangkang mempunyai cita-cita yang besar namun hakikatnya mereka tidak ada kesepakatan dan kekuatan yang asli selain cuba mempengaruhi pemikiran rakyat dengan persepsi dan isu-isu provokatif yang dilemparkan kepada masyarakat.

“Pembangkang tahu bahawa mereka tidak mampu untuk menawan hati rakyat dengan kemampuan dan kebijaksanaan mereka mentadbir. Mereka tidak mampu untuk menandingi kemampuan yang telah diperlihatkan dan dibuktikan oleh BN selama memerintah negara ini.

“Sebab itu mereka tidak ada cara lain dengan cara menaburkan pelbagai tuduhan buruk kepada kerajaan dan kepimpinan kerajaan untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan. Ini sajalah cara yang mereka mampu dan mereka tidak akan berhenti selagi matlamat dan misi mereka untuk memguasai pentadbiran di Putrajaya masih belum tercapai,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan segala informasi yang disebarkan oleh pembangkang di dalam media sosial kerana ianya belum tentu betul dan benar.

“Sekarang ini, melalui media sosial macam-macam maklumat boleh tersebar. Tidak kira samada info itu benar atau tidak. Sebagai rakyat yang bijak, kita kena siasat dulu semua maklumat yang kita terima dan jangan sebarkan maklumat yang kita tidak pasti kebenarannya,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana