PERKASA : JAIP Tidak Perlu Minta Maaf Kepada DAP

Kenyataan Akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ISU RESPONS DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP) TERHADAP KHUTBAH AIDILADHA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP).

1. PERKASA memandang serius isu khutbah Aidiladha, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang didakwa memfitnah DAP.

2. PERKASA berpendapat JAIP tidak perlu meminta maaf atau menarik balik khutbah tersebut kerana DAP tiada hak untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam, umat Islam dan JAIP.

3. PERKASA menyokong penuh kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa kandungan teks khutbah berkenaan merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu.

4. PERKASA ingin menegaskan bahawa khutbah adalah wahana terbaik untuk menyampaikan mesej Islam yang hakiki kepada seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, DAP tiada hak untuk memberikan kata dua atau amaran kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha tersebut.

5. PERKASA menggesa agar DAP memohon maaf kepada JAIP kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam dan JAIP.

6. Sementelahan pula, khutbah tersebut merupakan nasihat dan peringatan kepada umat Islam agar bersatu padu atas satu ideologi iaitu ideologi Islam yang tulen dan bukannya ideologi politik chauvinisme.

7. Ini merupakan kali kedua DAP mencampuri urusan kandungan khutbah di Malaysia. PERKASA berpandangan DAP tiada hak untuk mencampuri urusan khutbah dan hal ehwal Islam dalam negara ini.

8. PERKASA juga berpendapat bahawa perpaduan nasional akan sukar direalisasikan jika umat Islam lebih mengutamakan parti politik berbanding kepentingan Islam yang lebih utama dan mulia. Begitu juga perpaduan ummah dan Melayu turut terjejas jika umat Islam mengabaikan ajaran Islam.

9. PERKASA menggesa agar DAP tidak cepat melatah apabila terdapat gesaan agar umat Melayu Islam bersatu padu. Kita maklum bahawa DAP telah mengubah strategi politik mereka demi untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Bangsa Melayu mesti berhati-hati dengan perubahan strategi politik ini agar tidak terjebak dengan perangkap politik DAP.

10. Kita mesti memahami kandungan khutbah tersebut adalah teguran yang berani dan berterus terang kepada umat Islam mengenai strategi politik DAP yang boleh memecah-belahkan umat Melayu-Islam dalam negara ini. Oleh itu, umat Islam wajib bersatu untuk mendaulatkan Islam, memperkasa ummah dan mempertahankan negara ini daripada ancaman musuh pada sebarang masa.

DR. AMINI AMIR ABDULLAH, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana