Pemuda BN lancar klinik di pedalaman Sarawak...Syabas KJ

Sebuah klinik kayu yang dibina secara gotong royong dilancarkan Pemuda BN di Long Busang, Belaga Sarawak.Klinik yang dibina secara gotong royong Pemuda BN Belaga dan penduduk kampung itu bakal memudahkan lebih seribu orang mendapat rawatan awal.

Sebelum ini penduduk di antara kawasan paling terpencil di Malaysia itu perlukan menaiki bot dan kereta selama lapan jam ke klinik berhampiran.Menurut Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kos ia sebahagian dari bakti Pemuda BN Belaga dengan bantuan kewangan dari peruntukan ADUN Belaga Liwan Lagang.

"Kos membina klinik ini hanya RM170,000 kerana dibina secara gotong royong... kini kita akan meminta Kementerian Kesihatan untuk menempatkan pegawai perubatan dan peralatan sesuai di sini," katanya dalam sidang media di Long Busang Jumaat.Beliau mengetuai rombongan kira-kira 200 orang ke Long Busang dengan menaiki bot dari Empangan Bakun ke kampung tersebut bagi menghadiri program Pemuda BN untuk komuniti di situ sejak Khamis.

Beliau tidur semalaman di Long Belaga turut melancarkan Hari Sukan Negara selain mengadakan dialog dengan pemimpin masyarakat di kawasan tersebut.

Sebelum ini penduduk pedalaman Sarawak itu pernah memiliki klinik kesihatan sebelum ianya tenggelam selepas Empangan Bakun di bina.Sejak itu untuk mendapat rawatan kesihatan rata-rata penduduk dari kaum Kenyah di kawasan tersebut perlu lapan jam untuk mendapat rawatan kesihatan.

"Untuk kes yang serius, kita terpaksa terbangkan doktor bersama ubatan ke sini," kata Liwan Lagang.

jelasnya kini terserah kepada Kementerian Kesihatan untuk menempatkan pegawai, peralatan serta ubat-ubatan yang sesuai di situ."Penduduk di sini penyokong setia kerajaan BN sejak pembentukan Malaysia lagi, jadi saya berharap ia mendapat keutamaan dari pihak Menteri," ujarnya.

Program Pemuda BN untuk komuniti yang pertama diadakan di situ mendapat sokongan padu ketua-ketua Pemuda parti komponen BN terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Jelas Khairy selepas ini banyak lagi program ke pedalaman akan dilaksanakan Pemuda BN."Ini satu permulaan, saya sendiri merasai pemgalaman menarik yang membuka mata saya selepas lebih 12 jam perjalanan untuk sampai ke sini...,"katanya.

Untuk rekod, Khairy merupakan Menteri Persekutuan pertama yang sampai ke situ.Long Busang mempunyai lebih 1000 penduduk dengan 250 dari mereka beragama Islam.Hanya ada dua jalan untuk ke sana, iaitu menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak kira-kira lapan jam berpalanan dari bandar terhampir iaitu Kapit atau menaiki bot, kereta dan bot lagi selama 12 jam dari Bintulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana