PAS pertahan khutbah Hari Raya Aidiladha Pahang

PAS mempertahankan khutbah solat Hari Raya Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang Khamis lalu walaupun ketika pemimpin-pemimpin DAP mengecam teks khutbah tersebut yang didakwa mereka mempunyai unsur fitnah.
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak (DUPNPk), Sidek Mohd Noor berkata, pihaknya telah melihat teks berkenaan dan bersetuju ia tidak berbentuk fitnah, tetapi nasihat daripada sebuah badan berautoriti di peringkat negeri yang memperkatakan mengenai Islam dan dipelihara oleh undang-undang.

Katanya, DUPNPk kecewa apabila ada dalam kalangan pimpinan DAP beragama Islam berhasrat mengambil tindakan undang-undang ke atas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) jika enggan memohon maaf.

"DUPNPk amat kecewa, bagaimana seorang muslim yang beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga kewibawaan Islam?

"Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Khamis lalu, khatib solat Hari Raya Aidiladha di Pahang membaca teks khutbah yang antara lain menyatakan; "Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara.

"Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan GHB.

"Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam…,".

Susulan khutbah itu, beberapa pemimpin DAP termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang menyelar isi kandungan teks berkenaan yang didakwanya sebagai menghina parti itu dan menuntut JAIP meminta maaf.

Namun, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dilaporkan menjawab kenyataan balas DAP itu dengan mengatakan, JAIP tidak akan memohon maaf daripada parti rasis dan cauvinis itu berhubung isi kandungan khutbah Aidiladha yang dibaca di masjid-masjid di Pahang Khamis lalu.

Katanya, JAIP bercakap mengenai hal agama dan pihak luar tidak boleh campur tangan.

"Kita tak akan tarik balik khutbah itu. Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," kata Abdul Rahman.

Mengulas lanjut perkara itu, Sidek berkata, salah satu punca terputusnya hubungan politik (tahaluf siasi) PAS dengan DAP disebabkan sikap keras dan lantang parti itu terhadap pelaksanaan syariah Islamiah khususnya dalam isu Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, walaupun PAS menyatakan pelaksanaannya hanya kepada umat Islam di Kelantan.

"Di sini DUPNPk ingin menegaskan sekali lagi agar DAP jangan suka campur tangan urusan Islam, apatah lagi berhasrat mencampuri urusan badan yang telah diamanahkan menjaga pentadbiran Islam seperti JAIP.

"Dengan penegasan dan kekecewaan ini, kami daripada Dewan Ulamak Negeri Perak bersolidariti dan memberikan sokongan penuh dengan sikap tegas JAIP untuk tidak memohon maaf kepada DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan amanah menjaga martabat dan kesucian Islam, agama yang terang dan jelas terpelihara dalam Perlembagaan Negara," katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada pimpinan DAP yang beragama Islam atau bukan Islam, agar membatalkan hasrat serta niat kalian untuk mengambil tindakkan undang-undang terhadap sebuah badan berautoriti menjaga agama Islam, supaya mereka tidak dilihat berterusan menentang Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana