PAS Perlu Berundur dari Kerajaan Selangor - Bekas Aktivis

KUALA LUMPUR 28 Sept - Bekas aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin menggesa parti itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya benar ia enggan bekerjasama dalam pakatan pembangkang baharu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau berkata, PAS perlu tegas dalam membuat keputusan kerana rakyat kini menilai apakah pendirian sebenar parti Islam itu.

"Jika PAS berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Harapan, ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor," katanya.

Beliau menegaskan, keengganan meninggalkan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali itu akan menyebabkan penyokong menganggap PAS sebahagian daripada pakatan pembangkang baharu.

"Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS. Jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka PAS wajar putus hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.

"Sekiranya tidak bertindak demikian, bermakna PAS juga sebahagian daripada pakatan baharu.

"Oleh itu PAS perlu keluar kenyataan agar parti itu dilihat tidak berdolak dalik," katanya.

Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tiga parti politik itu mengadakan satu mesyuarat minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin badan bukan kerajaan.

Meskipun pada mulanya, PKR menetapkan akan menarik PAS untuk turut menyertai mereka, namun ia ditolak parti Islam itu atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan Amanah yang dibentuk bekas pemimpin dalam PAS.

Bagaimanapun, PAS memberi jaminan akan tetap bekerjasama dengan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana