Khairy kagum dengan toleransi agama di Long Busang

Keharmonian masyarakat Islam dan Kristian yang tinggal di rumah panjang dan mengamalkan agama masing-masing menarik minat Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau yang menyaksikan sendiri perkara tersebut samasa lawatan ke kawasan pedalaman Long Busang di Belaga Sarawak kagum dengan toleransi agama yang diamalkan penduduk di sana.

"Mereka tinggal di rumah panjang dan yang membezakan Islam dan bukan Islam adalah pintu bilik.

"Mereka hidup dengan hormoni sehingga saya dimaklumkan apabila Hari Raya, penduduk Kristian bergotong royong bersama orang Islam meraikan sambutannya dan begitu juga semasa Hari Natal,"kata beliau demikian selepas bertemu dengan masyarakat Islam di Masjid Darul Rahmah Long Busang.250 dari lebih 1000 penduduk Long Busang beragama Islam dengan masjid kayu yang dibina di kawasan tersebut sudah berusia 30 tahun yang dibina pada 1985.

Dalam dialog dengan masyarakat Islam itu, pegawai masjid Zainal bin Ibnu Majah memberitahu bahawa ketika masjid itu dibina hanya terdapat 42 orang penduduk Islam di Long Busang.

"Hasil perkahwinan dan perkembangan Islam... kini umat Islam bertambah dan wujud keperluan untuk membina masjid baru... kami berharap YB Khairy sudi membantu..."kata Zainal.
Dari pemerhatian, Masjid Darul Rahmah itu hanya dapat menampung kira-kira 100 orang satu-satu masa, jika di Semenanjung ia lebih kepada surau kecil."Kerajaan sudan meluluskan tapak masjid baru dengan peruntukan membina masjid sebanyak RM1juta, namun berdasarkan penilaian kami, wang tersebut tidak cukup kerana lokasi kami di pedalaman menyebabkan kos pembinaan meningkat berkali ganda,"terang Zainal.

Dalam jawapannya semasa dialog tersebut, kata Khairy, beliau akan berusaha memenuhi impian penduduk di situ."Rahmah bermakna kasih sayang, saya kagum dengan toleransi agama di sini, rasa kasih dan sayang itu jelas kelihatan... "Kebetulan nama ibu saya Rahmah, sebab itu apa yang penduduk minta... insyallah saya akan berusaha penuhi...,"katanya.

Khairy yang diiringi Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Mohamad Sahfri Ab. Aziz dan Setiausaha Kerja Pemuda BN Zaidel Baharuddin bertemu kira-kira 50 penduduk beragama Islam di Long Busang.Khairy bersama kira-kira 200 Pemuda BN mengadakan lawatan ke pedalaman Sarawak dalam program khidmat masyarakat Pemuda BN untuk komuniti pada 24 hingga 27 September.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana