Ketua Pembangkang akui sudah muak dengan 'pergeseran' antara DAP-PAS...Padan Muaknya

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui dirinya kini muak dengan 'pergeseran' dalaman yang melanda parti PAS dan DAP.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Wan Azizah yang juga Presiden PKR dilaporkan berkata, kemungkinan konflik dalaman antara dua gabungan Pakatan Rakyat yang terkubur Jun lalu akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Macam-macam yang timbul dan kadangkala saya rasa seperti mahu mengalah, tetapi apabila fikirkan perjuangan selama 16 tahun, saya teruskan juga," kata Wan Azizah.

Ujar beliau lagi, pergeseran politik itu kian memburuk apabila berlaku perpecahan apabila PAS bertindak keluar daripada PR.

Lebih kritikal apabila PAS enggan untuk menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk 22 September lalu yang mengakibatkan tempat parti Islam itu diambil alih Parti Amanah Negara, selain beberapa masalah yang melanda DAP.

Pada masa yang sama, Wan Azizah juga mengingatkan semula semua parti pembangkang bagaimana kerjasama dalam PR sebelum ini berjaya mengubah persepsi penyokong parti terhadap PAS dan DAP.

Katanya, pengundi Cina dahulu mengganggap PAS sebagai ala-Taliban manakala DAP dilihat sebagai komunis oleh ahli PAS.

Namun katanya lagi, sejak 2008 persepsi tersebut berubah apabila bermulanya kerjasama antara DAP, PAS dan PKR sehingga mewujudkan Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana