Kes Kevin Morais...doktor tentera didakwa bersubahat...6 lelaki bunuh

Seorang doktor tentera yang juga pakar Patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 52 didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tadi bersubahat dalam kes bunuh Anthony Kevin Morais.

Di mahkamah sama enam lelaki pula dituduh bunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mayatnya ditemui disaluti simen dalam tong drum di dalam semak di Subang Jaya.

Enam yang berkenaan ialah G Gunasekaran, 43; R Dinishwaran, 23; A Thinesh Kumar, 22; M Vishwanath, 25; S Nimalan, 22 dan S Ravi Chandaran, 34.

Enam tertuduh berkenaan didakwa membunuh Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul ke No 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya pada 4 September di antara jam 7 pagi dan 8 malam.

Semua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan pada 30 November bagi sebutan kes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana