Himpunan Bantah Guan Eng Bunuh Anjing Liar

PULAU PINANG, 26 Sept : Orang ramai terus mengadakan himpunan bantahan pembunuhan anjing liar oleh Lim Guan Eng di Esplanade Padang Kota

Beberapa hari yang lepas, seorang lelaki berusia 65  digigit anjing liar yang disahkan dijangkiti wabak anjing gila atau rabies dalam kejadian di Balik Pulau. Setakat ini sebanyak tiga kes gigitan anjing liar dengan wabak rabies di Pulau Pinang.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada lelaki yang digigit itu turut dijangkiti wabak rabies daripada anjing liar berkenaan. Walaubagaimanapun, keadaan mangsa kini semakin stabil selepas diberikan suntikan vaksin namun pihaknya terus memantau tahap kesihatan lelaki tersebut dari semasa ke semasa.

“Ini kerana simptom penyakit ini hanya dapat dikesan menjangkiti manusia seawal 30 hingga 60 hari selepas individu terbabit digigit anjing,” katanya.

Sebelum ini, dua kes gigitan anjing gila dilapor di negeri ini membabitkan lelaki berusia 44 tahun dari Pokok Sena, Tasik Gelugor dan seorang kanak-kanak 11 tahun dari Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, 14 September lalu.
Sejak 14 September lalu, sebanyak 26 kes gigitan anjing dilaporkan di negeri ini membabitkan dua kes anjing liar dan 24 kes anjing peliharaan.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh ekor anjing berjaya ditangkap iaitu membabitkan lima ekor anjing liar dan dua ekor anjing peliharaan.

“Anjing peliharaan yang ditangkap itu kini dikuarantin bagi tujuan pemantauan manakala tiga daripada lima ekor anjing liar yang ditangkap disahkan positif wabak rabies,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Siti Salmiyah Tahir berkata, sebanyak 283 ekor anjing liar berjaya dilupuskan dalam operasi di seluruh negeri ini sejak 16 September lalu.

Jumlah itu, katanya, meningkat mendadak berbanding kira-kira 400 ekor anjing liar yang ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh sebulan.

“Sebelum dilupuskan, bahagian otak anjing-anjing ini akan diambil bagi tujuan saringan wabak rabies,” katanya.

Sebenarnya kita tidak faham mengapa mereka mengadakan himpunan bantahan terhadap pembunuhan anjing liar ini. Adakah mereka lebih rela dijangkiti penyakit anjing liar daripada membunuh anjing yang berkemungkinan membunuh mereka dengan virus rabies?

Ini lah yang kita namakan, bodoh tak boleh diajar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana