Duta China ‘silap langkah’ di Jalan Petaling...



Apa nawaitu yang sebenarnya itu kena tanya sendiri Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang.

Namun dari sudut diplomatik kenyataan beliau semasa lawatan ke Jalan Petaling Jumaat mencetuskan senario yang ‘kurang enak’.

Senang cakap ia boleh dikira cubaan nak campurtangan urusan dalam negeri Malaysia.

Ini mengenangkan lokasi,isu semasa di situ dan status beliau sebagai seorang Duta.

Sebab itu tidak menghairankan timbul khabar pihak Wisma Putra hendak panggil beliau untuk menjelaskan mengenai kenyataan semasa lawatan ke Jalan Petaling.

Semua orang tahu isu panas Jalan Petaling ekoran adanya pihak merancang hendak buat himpunan di situ.

Dr Huang dilihat seolah ‘beri amaran’ jangan sesiapa ganggu gugat kaum Cina negara ini semasa lawatan ke situ sehari menjelang himpunan yang dikatakan hendak diadakan itu.

Beliau antara lain kata China tidak akan berdiam diri jika kepentingan dan hak serta perniagaan rakyat dari kaum Cina digugat.

Katanya hal seperti ini boleh menjejaskan hubungan antara China dengan negara tuan rumah (yakni Malaysia).

Cuba bayangkan misalnya Duta Malaysia ke China buat lawatan ke kawasan orang Uighur yang majoriti Islam di negara itu dan buat kenyataan beri amaran itu ini kepada kerajaan China.

Exco Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah secara terbuka telah mengecam kenyataan Dr Huang.

“Saya nak kasi tahu pada Duta China ini, yang mengganggu gugat keamanan sejak kebelakangan ini adalah bangsa Cina dengan membuat provokasi-provokasi dan hinaan, bukan hanya pada bangsa Melayu Bumiputera tetapi juga terhadap kepimpinan Melayu Islam.”

Dalam satu kenyataannya, Armand berkata orang-orang Melayu senantiasa menghormati hak semua bangsa, kaum dan agama sejak dahulu lagi.Tetapi pihak yang diberikan hak itu juga harus tahu menghormati hak orang Melayu dan Bumiputera, tambahnya.

Armand juga mengingatkan bahawa Malaysia tidak pernah masuk campur urusan dalaman kerajaan China kerana menghormati hubungan antara negara.

“Jadi saya nak ingatkan pada Duta China agar tidak mencampuri urusan pentadbiran negara Malaysia,” kata Armand.

Bekas Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu juga menilai kenyataan Dr Huang boleh mencetuskan berbagai implikasi tidak baik.

Katanya kenyataan itu sehari menjelang rancangan himpunan di Jalan Petaling boleh ditafsirkan mencampuri urusan dalam negeri Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana