Posts

Showing posts from September, 2015

Portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan tidak tepat oleh PM Najib Razak..Lagi Buat BODOH PR Ni

Image
Portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan tidak tepat oleh PM Najib Razak mengenai bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Menurut PM Najib, dengan bermain golf dengan Presiden Obama membolehkan beliau bertukar pandangan lebih 4 jam mengenai Malaysia dan ASEAN kerana Malaysia memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini. Portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) dan Malaysiakini memberitakan seolah-olah PM Najib dengan angkuhnya mengaku bahawa hanya beliau saja sebagai PM bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat sedangkan apa yang hendak disampaikan adalah sebaliknya. Hubungan 2 hala yang baik dengan kuasa besar itu membolehkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara Amerika dan ASEAN dapat diperkukuhkan. Adakah TMI dan Malaysiakini gagal untuk melihat kepentingan hubungan tersebut, dan lebih suka menyiarkan berita yang tidak tepat mengenai PM Najib dan kerajaan?

Melayu Yang Menyokong DAP Memang BALACI....

Image
Mana maruah pak samad serta otoi reformasi ni sehingga memaksa melakukan sidang media untuk mengugut jabatan agama islam pahang

Keluarga Presiden PAS Berpecah Kerana Parti Amanah Negara

Image
Dasar pecah dan perintah DAP akhirnya berjaya dilaksanakan dalam PAS. Ini berikutan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB). Bukan lagi rahsia bahawa DAP berada di belakang Parti Amanah ini. Apabila pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara maka berlakulah perpecahan. Bukan sahaja ahli PAS dan pemimpinnya berpecah, malahan ahli keluarga presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut sama menjadi mangsa. Miqdad Zakaria yang merupakan anak saudara Hadi Awang di sebelah isterinya telah dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang sedangkan Haji Hadi  merupakan ahli Parlimen Marang. Rusila, Marang adalah tempat kelahiran Haji Hadi.  Mereka dikelilingi sanak saudara sejak berpuluh tahun dahulu. Untuk makluman, rumah Miqdad hanya 200 meter sahaja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan ke

Ejek, Sindir, Caci Bukan Bahasa Orang Beriman

Image
“Muka merah padam, telinga berdesing menahan marah, suhu hati yang tenang naik mencanak!” Itulah reaksi manusia normal apabila terkena tembakan peluru ejek, sindir dan caci. Luka tembakan ini tidak mudah dirawat bahkan mampu meninggalkan parut jiwa seumur hidup. Mengejek, menyindir pedas pihak tidak sefahaman dengan kita memang sedap dan enak. Ia menjadi semakin lazat apabila ditambah rasa oleh perencah syaitan. Sungguh! Itulah kepakaran syaitan: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia” (al-Isra’ [17:53]). Nabi Nuh AS adalah Rasul pertama yang terkena tembakan peluru ejek, sindir dan caci kaumnya. Bukan setakat menolak dakwah baginda, mereka menyindir baginda dengan ayat sinis pedas: “(T

PKR Tidak Perlu Harapkan PAS

Image
KOTA BHARU 29 Sept - PKR perlu berhenti daripada terus mengharapkan Pas akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pendirian Pas sangat jelas bahawa mereka sama sekali tidak akan menjalin kerjasama politik dengan DAP mahupun Amanah walaupun PKR berusaha menjadi pendamai. “Selagi ada DAP dan Amanah, kami tidak dapat bersama-sama (menyertai pakatan baharu). Pada pandangan kita, Pakatan Rakyat (pembangkang) masih wujud melalui Pas dan PKR. “Sekarang ini, kita masih lagi mempunyai hubungan baik dengan PKR contohnya di Selangor. Kita masih kekal dengan PKR. “Bagaimanapun, Pas tidak akan campur tangan berkaitan hubu­ngan PKR dengan DAP dan Amanah. Itu hak dia (PKR),” katanya selepas majlis perasmian Pesta Tanglung 2015 di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PKR yang masih mengharapkan Pas akan dapat bekerjasama dalam pakatan pembangkang ba

Tabik lah...Saya Tidak Akan Tunduk Ancaman DAP – Mufti Pahang

Image
KUANTAN 29 Sept – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman tidak gentar dengan ancaman DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri kerana khutbah Aidiladha yang mendakwa DAP menentang Islam. Menurut beliau, khutbah ter­sebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam. “Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu. “Sepatutnya mereka yang me­mohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas me­ngenai tindakan DAP kelmarin yang menggesa JAIP memohon maaf ber­hubung teks khutbah Aidiladha itu. Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dilaporkan memberi masa lima hari sehingga Rabu ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik

ANWAR Kerja Nak Berbohong Jer.....Kementerian Kesihatan Sangkal Laporan Berita Berhubung Rawatan Anwar

Image
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur. Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 September, katanya dalam kenyataan di sini Isnin. Beliau merujuk kepada laporan diterbitkan oleh MalaysiaKini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today berhubung kesihatan Anwar dan rawatan dijalaninya. Dr Noor Hisham berkata, panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang. "Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat ke

Inilah Dikatakan Cakap Tak Serupa Bikin....Jika Wan Azizah Dapat Derma, Niatnya Tidak Ikhlas

Image
Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu kecoh bercakap mengenai derma sebanyak RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Bagi mereka, derma yang diterima dibayangkan sebagai satu perkara teruk yang dilakukan oleh Najib seolah-olah rakyat ditindas teruk kerana menerima penerimaan duit tersebut walhal ia diberi oleh seorang dermawan yang menyanjung tinggi peribadi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berjaya. Juga, mencerca Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai nilai integriti berbanding pemimpin-pemimpin mereka. Disebalik kata-kata cacian yang dilontarkan, rupanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebenarnya punyai rasa cemburu jumlah derma yang diterima oleh Najib. Perkara itu dizahirkan dan diperlihatkan oleh Wan Azizah sendiri ketika mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh pagi semalam. Malah, kata-kata dalam ucapan Wan Azizah yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online, ia memperlihatkan niat

Anifah kecewa campur tangan menteri lain dalam kementeriannya

Image
Isu ini asalnya adalah mengenai hu ha Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang (gambar) dipanggil mengadap oleh Wisma Putra. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kerana Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di luar negara. Tapi ada kenyataan dari menteri lain yang dakwa arahan Wisma Putra panggil Duta China itu sudah dibatalkan. Dalam kenyataannya malam Isnin, kata Anifah, arahan tersebut tidak pernah dibatalkan. Menurutnya Duta Besar China dipanggil ke Wisma Putra bertujuan meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya yang dikeluarkan semasa lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini telah disalah tafsir. Anifah berkata, perkara memanggil duta merupakan amalan biasa. "Ini selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961," katanya. "Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa lalu," kata beliau. Ani

Kata Nak Kena Tangkap Oleh FBI.... Najib Dapat Anugerah Pulak Lagi Di USA

Image
ORANG-ORANG pembangkang begitu kembang hati bila muncul berita Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang kita semua sayangi akan ditangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI) akibat aduan yang dibuat oleh balaci-balacinya tokoh pembangkang, Tun Mahathir. Bagaimanapun jauh dari ditangkap, Najib diberikan pula Anugerah ICT dalam pembangunan mampan yang sangat berprestij oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).  Sebagai perbandingan, Tun Mahathir yang memperkenalkan MSC di negara ini pun tidak diberikan anugerah berkenaan oleh ITU. Tapi yang lebih penting tu, penganugerahan ini membuktikan segala yang tidak baik seperti yang dikatakan Tun Mahathir ke atas Najib adalah satu pendustaan yang nyata.  Tidak ada bukti salah laku, yang ada hanyalah bukti yang direka-reka Tun Mahathir sendiri, dengan kerjasama rakan subahatnya Claire Brown. Kalau pembelaannya Najib tidak boleh disentuh FBI kerana berada dalam bangunan PBB yang mungkin dilindungi imuniti diplomatik, Najib juga d

Kelajuan internet: Salleh 'tibai' Kit Siang yang cakap kosong

Image
Ulasan tanpa fakta pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang mengenai kelajuan internet di Malaysia menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Melalui blognya, Salleh menulis Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang internet yang perlahan di negara ini. Menurut Salleh, di Malaysia, seseorang itu malah boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi, kata Salleh, ketika menyangkal dakwaan Anggota Parlimen Gelang Patah itu bahawa beliau tidak prihatin dengan kelajuan Internet Malaysia yang lemah. "Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps," katanya. Baga

PAS pertahan khutbah Hari Raya Aidiladha Pahang

Image
PAS mempertahankan khutbah solat Hari Raya Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang Khamis lalu walaupun ketika pemimpin-pemimpin DAP mengecam teks khutbah tersebut yang didakwa mereka mempunyai unsur fitnah. Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak (DUPNPk), Sidek Mohd Noor berkata, pihaknya telah melihat teks berkenaan dan bersetuju ia tidak berbentuk fitnah, tetapi nasihat daripada sebuah badan berautoriti di peringkat negeri yang memperkatakan mengenai Islam dan dipelihara oleh undang-undang. Katanya, DUPNPk kecewa apabila ada dalam kalangan pimpinan DAP beragama Islam berhasrat mengambil tindakan undang-undang ke atas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) jika enggan memohon maaf. "DUPNPk amat kecewa, bagaimana seorang muslim yang beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga kewibawaan Islam? "Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam," katanya dalam kenyataan kepada media hari i

AMK, Wanita PKR Desak Wakil PAS Letak Jawatan YDP MAIPP

Image
BUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang pada Selasa mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya. Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP. "Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini. Sementara it

Sakit Hati Dengan Jerebu Usahawan Letak Iklan Sajak Dalam Akhbar...

Image
PETALING JAYA: Tidak tahan dengan keadaan jerebu yang berpanjangan dan melanda negara ini saban tahun, akibat pembakaran secara terbuka di Indonesia telah mendorong seorang usahawan mengiklankan sebuah sajak satu mukasurat penuh di dalam akhbar tempatan untuk meluahkan rasa kecewa dan perasaan sedihnya itu. Pengasas dan pengarah Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd, Datuk Mohamad Din Yusoh menghasilkan sajak berjudul 'Jerebu - Kau Yang Tak Diundang' bagi mewakili suara rakyat Malaysia yang mahu kerajaan Indonesia mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menangani masalah tersebut. "Ini adalah sebahagian daripada luahan hati saya bersama rakyat Malaysia kepada pihak yang terlibat dalam isu ini. "Kita mahu kerajaan dan Presiden Indonesia peka terhadap soal kesihatan rakyat negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online. Mohamad Din berkata, idea untuk menghasilkan sajak tersebut tercetus semasa beliau dalam perjalanan dari Kuala Lum

Parti Berstatus Haram Galak Anjur Aktiviti Parti Secara Terbuka

Image
Sungguhpun mendakwa mereka menggunakan pendaftaran yang sedia ada; Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, namun organisasi ini bukanlah sebuah parti politik, tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja; mirip kepada kesatuan sekerja. Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan kuncu-kuncunya untuk meminda perlembagaan parti tersebut, dan diubah selari dengan ciri-ciri parti politik. Oleh yang demikian, kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah menukar nama semata-mata, seperti mana kelaziman yang menjadi santapan halwa telinga ini tatkala menikmati aroma kopi kala malam hari. Mungkin tidak ramai yang tahu, betapa beruntungnya menjadi organisasi berstatus “haram” di Malaysia, kerana cukup dengan hanya gimik pelancaran dan liputan media, maka segala aktiviti parti secara terbuka sudah boleh bermula. Itulah yang berlaku ke atas beberapa organisasi seperti BERSIH dan juga Parti Amanah Negara. Tanpa perlu kelulusan pun

Jerebu : "Jadi, Mengapa Mesti Meminta Maaf?" - Naib Presiden Indonesia

Image
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya. Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh Indonesia adalah mengatasi masalah itu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. "Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih? “Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf," katanya memetik laporan MalaysiaKini. Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu. Katanya, syarikat dari negara tersebut menebang dan membakar hutan bagi mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan. Memet

IRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?

Image
Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu. Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu. IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009. “Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN. “Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid

USUL DESAK AHLI PAS LETAK JAWATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

Image
USUL Parti Kencing Rakyat (PKR) Cabang Sungai Besar semalam: 1) Sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan tanpa PAS menang PRU14.  2) Mendesak pimpinan Pakatan Harapan supaya kerusi P093 Sungai Besar diserahkan kepada PKR untuk bertanding dengan alasan PAS tidak pernah menang di Parlimen Sungai Besar. 3) Kerusi N03 Sungai Panjang juga harus diserahkan kepada PKR kerana PAS bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.  4) Semua Pengerusi JKKK ahli PAS harus digugurkan dan digantikan dengan ahli PKR, DAP atau AMANAH. Dewan Simpang Lima, Sungai Besar  27 September 2015

Syiah Perlu Dipertahankan di Malaysia - Khalid Jaafar...Banggangnya

Image

Biografi Ringkas Allahyarham Y.A.Bhg. Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein

Image
PENGENALAN Abdul Razak bin Hussein merupakan satu-satunya anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang daripada isteri pertama Dato’ Hussein, Teh Fatimah binti Daud. Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh datuknya yang sangat mementingkan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada golongan yang berada, sikap rendah diri dan sopan jelas nampak pada zaman persekolahannya. Beliau berkaki ayam di sekolah kerana tidak mahu terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah. Semenjak kecil beliau merasakan kemunduran dan kemiskinan di desa di bawah pemerintahan Colonial British. Serta keperitan hidup ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada zaman remajanya. Kemungkinan besar, kepayahan anak bangsanya ketika itu telah memberi dorongan kepada Tun Abdul Razak Dato’ Hussein untuk membawa angin perubahan kepada rakyat Malaysia khususnya. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' H

DAP yang sepatutnya minta maaf kepada umat Islam - Mufti Pahang

Image
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan minta maaf atau menarik balik khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah DAP. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu. “Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegasnya. “Kita tak akan tarik balik khutbah. Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya. Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu. Katanya, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. “Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya

Wajah-wajah tidak ceria selepas selamat melancarkan Pakatan Harapan

Image
Wajah-wajah dalam gambar NST baru-baru ini sepatutnya ceria-ceria belaka maklumlah satu pakatan pembangkang yang baru telah selamat dilancarkan. Tanpa PAS tajuk Sinat Harian. Lihat wajah sugul Kit Siang. Begitu juga murung pada wajah Dr Mariah, Anuar Tahir, Samad Said. Mat Sabu pula sengeh paksa begitu juga DS Dr Wan Azizah. Saya difahamkan ketika gambar ini diambil wartawan sedang melontarkan beberapa soalan kontroversi khasnya tentang penglibatan NGO. Ya rundingan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan itu dikatakan turut melibatkan pimpinan NGO dan parti-parti lain. Ada tak yang mewakili NGO dalam gambar ini? Jawapnya tidak ada seorang pun semuanya orang parti belaka iaitu sama ada DAP, PKR atau Parti Pekerja. Mana NGO nya? Mana PSM ? Bermakna benarlah kelahiran tergesa-gesa ini sesungguhnya hanya semata-mata mahu memberi nyawa pada anak baru kelahiran DAP iaitu Parti Pekerja yang telah diambil-alih oleh pengkhianat-pengkhianat PAS. DAP tendang PAS keluar Pa

Kain rentang parti bikini cetus kontroversi

Image
GEORGETOWN - Kain rentang parti bikini dipasang di Juru, Seberang Perai Tengah, yang akan diadakan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang heboh diperkatakan di media sosial. Berdasarkan status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Muhamad Fairus Ishak, penulis mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru. "Apa sudah jadi nie??? Bikini party..banner sexsi boleh buh kat tepi jalan macam tu ja ka??...agak-agak lah nak buat..." Gambar itu kemudian mendapat perhatian pengguna laman sosial lain dan dipercayai dikongsi sebuah blog, http://penang-kini.blogspot.my. Dalam blog itu, penulis mempertikaikan kain rentang berkenaan yang tidak menghormati penganut agama Islam dan kerajaan negeri gagal memantau pemasangan kain rentang itu. Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kain rentang itu sudah ditanggalkan oleh penganjur setelah din

Perlukah Ditubuhkan “Kementerian Jawab Fitnah” Di Malaysia?

Image
Menerusi beberapa potong hadis yang disabdakan Rasulullah SAW, para ulama mentafsirkan bahawa antara petanda kiamat ialah dengan berlakunya tuduhan fitnah secara berleluasa di muka bumi Allah ini. Ternyata benarlah sebagaimana yang disabdakan itu di mana kita sebagai umat akhir zaman begitu galak disajikan dengan pelbagai bentuk fitnah khususnya dengan menggunakan internet sebagai mekanisme paling ampuh untuk menyebarkan dosa besar tersebut. Malangnya, masih ramai lagi rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam tanpa soal panjang terus percaya bulat-bulat dengan apa yang dihidangkan kepada mereka, tanpa menyedari sama ada juadah maklumat itu haram atau halal untuk dijamah. Terbaru yang berlaku semalam, entah ‘malaun’ mana, tanpa rasa bersalah menabur fitnah dengan mengubahsuai sekeping gambar yang kononnya memaparkan ‘tweet’ dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pada paparan palsu yang diubahsuai itu, ‘malaun’ itu menyebar dakwaan kononnya Najib mengarahkan seko

Duta China Selesai Bertemu Hamzah, Berjaya Elak Pemberita

Image
PUTRAJAYA: Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin yang memangku tugas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sini. Mesyuarat tersebut yang berlangsung lebih dua jam, diadakan di pejabat Hamzah di KPDNKK di sini. Pertemuan itu diadakan kerana kerajaan Malaysia memohon penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Petaling Street pada Jumaat lalu. Beliau tiba di pejabat Hamzah kira-kira pukul 11.40 pagi Isnin. Dr Huang berjaya mengelak daripada ditemui pemberita yang menunggu beliau sejak dari awal pagi dengan meninggalkan bangunan tersebut melalui tingkat bawah tanah. Seorang pegawai Wisma Putra berkata kementerian itu akan mengeluarkan satu kenyataan selepas ini. Dr Huang dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada a

Kenapa DAP Berani Cabar Dan Ugut Mahu Saman Institusi Agama Islam Pahang?

Image
Kepimpinan DAP Pusat berani cabar dan ugut mahu saman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atau Jabatan Mufti Pahang Institusi Agama Islam Pahang-JAIP dibawah Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) diPengerusi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Autoriti Agama Islam adalah diketuai oleh Tuanku Sultan Pahang. Sultan Pahang adalah Ketua Agama. Di Negeri Pahang, YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang adalah EXCO yang bertanggungjawab menjaga hal Agama Islam. Kenapa DAP berani cabar dan ugut mahu saman? Kenapa DAP semakin biadap mahu mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam Pahang? Itu belum DAP Pusat dan DAP Pahang punya kuasa memerintah Putrajaya dan Negeri Pahang Darul Makmur ini.  Kalau ada kuasa,Kita tidak boleh bayangkan apa yang boleh berlaku kepada umat Islam. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu. Mufti Pahang menegaskan, kandungan teks

PAS PErak Lumpuh Gara Gara Ceramah Parti Amanah....

Image
Ceramah Amanah di Teluk Intan mlm tadi mendapat sokongan seluruh Perak. Kehadiran dianggarkan mencicah 100 ribu. Lebih 80 ribu keahlian baru didaftarkan. Pas Perak lumpuh 110%. Semua ahli Pas perak umum keluar parti dan menyertai Amanah.

Ini jenis Melayu yang sedang di cultivate oleh Cina DAPigs

Image
Slogan2 seperti 'Ketuanan Melayu adalah Racist', 'Ketuanan Melayu adalah Racist UMNO', 'Ketuanan Melayu adalah Assobiyah' dan 'Islam Larang Ketuanan Melayu' digembar-gemburkan Cina DAPigs dan Melayu peliharaan mereka untuk rampas negara ini dari Melayu-Bumiputera. Islam tak ketinggalan dieksploitasi puak ini dalam agenda mereka. Menggunakan Melayu dan Islam serta melabelkan semua dalam negara ini bikinan Racist UMNO adalah cara paling ampuh Cina DAPigs untuk cuba kuasai Malaysia. Hakikatnya, di negara China sendiri dan di Singapura pun ada Ketuanan Cina. Tanya saja orang Uighur dan orang Tibet bagaimana life bawah ketuanan Cina Han di China. Orang Muslim Uighur dilarang berpuasa di bulan Ramadhan, dilarang kerja Haji di Kekah, dipaksa makan babi. Dalai Lama, ketua agama Buddha Tibet dilarng masuk ke China. Singapura import Cina han dari China untuk kekalkan proporsi kaum Cina di negara itu pada tahap minima 75%. Israel amalkan ketuanan Yahudi. Am

Jangan Lah Nak Main Wayang Lah....Wan Azizah Sudah Bosan dengan Krisis PAS-DAP

Image
KUALA LUMPUR 28 Sept - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui kini bosan dengan masalah berterusan yang melanda parti pembangkang, terutamanya DAP dan PAS. Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden PKR itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan konflik dalaman antara parti pembangkang akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang. "Macam-macam yang timbul dan kadangkala saya rasa seperti mahu mengalah, tetapi apabila fikirkan perjuangan selama 16 tahun, saya teruskan juga," katanya. Katanya, antara konflik dalaman yang dihadapi pembangkang ialah perpecahan Pakatan Rakyat (PR) di mana PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang tersebut dan kini tempat parti Islam itu diambil alih Parti Amanah Negara, selain beberapa masalah yang melanda DAP. Pada masa sama, Dr Wan Azizah juga mengingatkan semula bagaimana kerjasama dalam PR sebelum ini berjaya mengubah persepsi penyokong parti terhadap PAS dan DAP. Katanya, pengund

Tumpu Lambakan Pelacur China, Tak Payah Sibuk Isu Dalaman Malaysia

Image
KUALA LUMPUR 28 Sept - Duta China Ke Malaysia , Dr Huang Huikang disaran memberi fokus kepada lambakan wanita warga China di negara ini yang menjadi antara penyumbang masalah sosial. Ketua Penerangan Perkasa Malaysia, Hassan Basri Muhammad berkata, ia lebih baik berbanding sibuk mencampuri hal ehwal dalaman negara ini khususnya melibatkan isu Petaling Street. Ini kerana, katanya, semakin ramai warga China yang datang ke negara ini terlibat dalam aktiviti haram seperti pelacuran, rumah urut serta perjudian. “Seharusnya Dr Huang Huikang tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara,” katanya menerusi kenyataan media. Hassan Basri berkata, tuduhan Huang yang menunjukkan seolah-olah kerajaan Malaysia menindas dan tidak berlaku adil kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina adalah sangat biadap. Katanya, layanan kaum Cina di Malaysia tidak seperti yang digambarkan oleh Huang. “Kaum Cina di Malaysia sangat beruntung tanpa diskriminasi dan diberi jaminan hak bersama dalam s

PERKASA : JAIP Tidak Perlu Minta Maaf Kepada DAP

Image
Kenyataan Akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ISU RESPONS DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP) TERHADAP KHUTBAH AIDILADHA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP). 1. PERKASA memandang serius isu khutbah Aidiladha, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang didakwa memfitnah DAP. 2. PERKASA berpendapat JAIP tidak perlu meminta maaf atau menarik balik khutbah tersebut kerana DAP tiada hak untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam, umat Islam dan JAIP. 3. PERKASA menyokong penuh kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa kandungan teks khutbah berkenaan merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu. 4. PERKASA ingin menegaskan bahawa khutbah adalah wahana terbaik untuk menyampaikan mesej Islam yang hakiki kepada seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, DAP tiada hak untuk memberikan kata dua atau amaran kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha tersebut. 5. PERKASA menggesa agar DAP memohon maaf kepada JAIP kerana

Tiada bukti yang ditemui boleh dikaitkan dengan murid yang hilang...Semakin Pelik Lah

Image
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas akan diperluaskan ke bandar-bandar kecil berdekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kawasan SAR diperluaskan daripada kawasan hutan hingga ke bandar-bandar kecil kerana pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah dan penculikan membabitkan murid berkenaan. "Kita akan meliputi kawasan pencarian ini ke bandar-bandar kecil berdekatan kerana kita khuatir ada pihak yang melakukan penyembunyian kanak-kanak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat SAR itu dan bertemu ibu bapa tujuh murid berkenaan di Sekolah Kebangsaan Tohoi di sini, Isnin. Dalam kejadian itu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai