Video 'We will blast Malaysia' muncul menjelang Bersih 4.0...

Benda begini jangan nak main-main.Ada yang sudah muat naik video bertajuk 'We will blast Malaysia' di laman Youtube Khamis dengan memaparkan kejadian letupan besar di Bangkok baru-baru ini.
Video berdurasi 1 minit 28 saat itu yang dimuat naik oleh 'Anonymous Malaysia' juga memaparkan tulisan dalam bahasa Inggeris 'Wait Our Blast At Bersih 4.0' (Nantikan Letupan Kami Di Bersih 4.0) pada akhir video berkenaan.

Letupan di Kuil Erawan di pusat kota Bangkok pada lewat petang 17 Ogos telah mengakibatkan 20 orang terbunuh termasuk lima rakyat Malaysia dan lebih 100 orang cedera.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengulasnya menegaskan polis memandangnya perbuatan memuat naik bahan di laman sosial yang boleh menggugat keamanan negara.

"Kita sedang melihat perkara ini. Tidak perlu saya katakan kita sudah mengenal pasti atau tidak (pihak yang menyebarkannya). Sudah pasti kita melihat ini sebagai ancaman serius. Kita jangan ambil ringan sebarang ugutan sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawana selepas majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bharu Jumaat.

Mengenai perhimpunan Bersih 4.0, Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan termasuk oleh sebilangan peguam bahawa perhimpunan haram terbabit tidak menyalahi undang-undang.

Beliau menegaskan perhimpunan terbabit adalah menyalahi undang-undang.

Malah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Bersih 4.0 bukan sebuah pertubuhan berdaftar.

"Saya hairan ramai pula yang beri nasihat kepada bakal peserta perhimpunan itu. Ada antara mereka di kalangan peguam yang menasihatkan bahawa perhimpunan terbabit tidak menyalahi undang-undang dan mengikut perlembagaan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana