Tun Mahathir: Dari Pencanang Kestabilan Kepada Kaki Demontrasi

Di zaman kegilaan reformasi 1998-2001 dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad cukup pantang bila ada demonstrasi dan himpunan jalanan yang dianggapnya menyusahkan rakyat terutama penghuni Bandaraya Kuala Lumpur.

Tak sedikit kepala demonstrasi yang taksub pada Anwar Ibrahim, bekas timbalannya, terpaksa bermalam dalam lokap dan ada yang dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dari awal Anwar dipecat hingga berakhirnya kegilaan reformasi, tidak ada satu pun himpunan dan demonstrasi jalanan yang benar-benar dibiarkan berakhir tanpa tangkapan polis.

Malah Anwar sendiri ditahan polis dan sempat merasa tumbukan padu di mata kanan (oleh bekas KPN) juga selepas mengetuai demo jalanan yang berakhir dengan bangunan UMNO di PWTC mengalami kerosakan gara-gara amukan penyokong Anwar.

22 tahun memerintah negara ini, pendirian Tun Mahathir amat jelas. Tiada ruang untuk demonstrasi jalanan. Siapa berdegil pasti terima padahnya.

Tapi itu cerita dulu-dulu. Sekarang bagaimana?

Nampak gayanya Tun Mahathir yang digelar negarawan ulung kini sudah mula berjinak-jinak dan mengiktiraf demonstrasi jalanan apabila lewat petang hari ini tiba-tiba tampil di Dataran Merdeka sambil diraikan oleh penyokong dan peserta himpunan Bersih 4.0.

Ia satu pengiktirafan untuk pendemo jalanan, pengiktirafan untuk geng-geng Bersih dan seumpamanya.

Apa sudah jadi? Terdesak sangatkah mahu mencapai agenda politik peribadi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka tergamak Tun Mahathir merendahkan taraf negarawannya dan mula mengiktiraf aktiviti demonstrasi jalanan?.

Atau Tun Mahathir sudah terpengaruh dengan sikap anak perempuannya, Marina yang sejak 2007 lagi sudah cenderung memeriahkan aktiviti jalanan yang bersifat liberal dan anti kerajaan?

Terlalu terdesak nak mencari perhatian dan sokongankah, sampai tergamak menggadai masa depan negara pada tangan pendemo jalanan untuk capai kemahuan sendiri?

Apa pun, perubahan sikap dan pendirian Tun Mahathir kali ini sudah agak melampaui nilai seorang negarawan dan tentu sahaja amat bertentangan dengan semangat seorang pemimpin yang berjiwa UMNO.

Cukup mengejutkan perubahan ini… penulis pasti tidak hanya penulis tetapi ramai lagi ahli serta penyokong UMNO yang lain tepuk dahi berkali-kali antara percaya dengan tidak, betapa ketegasan sikap dan pendirian Tun Mahathir 22 tahun dulu kini berubah sekelip mata.

Apa sudah jadi Tun? Kegilaan apakah yang sedang memporak-perandakan pemikiran dan sikap Tun?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana