Syarat 'pelik' Pakatan 2.0 mengenai Najib...Kan Bangang Tu Nak Bebaskan ANWAR Plak

KUALA LUMPUR - “Pakatan 2.0” hari ini mengeluarkan kenyataan bersama buat kali pertama apabila mendesak Barisan Nasional membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai syarat untuk membantu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Desakan itu persetujui pada perjumpaan perwakilan DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diuar-uarkan sebagai pakatan pembangkang baru.

PAS dikecualikan daripada gandingan itu yang dipelopori DAP dan PKR bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

"Ahli-ahli parlimen dari DAP, PKR dan GBH  bersedia membincang mengenai cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baru berkenaan.

"Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini, kata kenyataan bersama itu.

Peletakan syarat pembebasan Anwar itu dilihat sebagai cubaan terdesak pembangkang untuk memenuhi agenda sempit mereka.

Kenyataan bersama itu ditanda tangani oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, and Teo Kok Seong (DAP); Rafizi Ramli, Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin, and S Manikavasagam (PKR) dan Kamaruddin Jaafar, Hatta Ramli dan Khalid Samad (GHB).

Bagaimanapun desakan pembangkang itu dilihat tidak bermaya untuk mendapat sokongan, lebih-lebih lagi memandangkan Anwar bukan banduan politik.

Sebaliknya Anwar menjalani perbicaraan sejak beberapa tahun sebelum hukuman penjara lima tahun ke atas beliau diperakukan oleh Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Selain itu, tidak ada pemimpin BN yang mengundang pembangkang untuk bekerjasama dengan tujuan menjatuhkan Najib menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Sebaliknya, semua parti komponen BN merakamkan sokongan berterusan kepada Najib dan menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana