Saya nak cadang Ambiga jadi PM..setiap hari boleh demo di Dataran Merdeka - Dr Mahathir

IMBAS KEMBALI.....'Saya nak cadang Ambiga jadi Perdana Perdana Menteri...dengan itu kita boleh ada demonstrasi setiap hari di Dataran Merdeka'.Itu antara komen cukup sinis mengenai himpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas satu majlis,esoknya pada 29 April bekas Perdana Menteri itu menyindir sakan jumlah yang hadir  himpunan itu 1 juta orang...pecah cermin kereta segala macam.Katanya inilah jenis kerajaan yang kita mahu.

Kalau nak dengar sepenuhnya komen itu boleh layari video agendadaily ini pada link berikut : https://www.youtube.com/watch?v=30p17vREUbQ#t=188

Terbaru...Jam 7.30 petang Sabtu ramai yang geleng kepala bila Dr Mahathir muncul di lokasi himpunan Bersih 4.0 dekat Dataran Merdeka.Katanya beliau datang 'untuk lihat suasana'.

Beliau berada di situ sekitar 10 minit.

Kemunculan beliau situ telah mendapat sambutan hangat kalangan peserta Bersih yang masih berhimpun.

Waktu itu jumlah peserta Bersih tidak seramai awal petang bila ia bermula pada jam 2.

Dr Mahathir terus ke situ dari Johor Bharu selepas menghadiri satu forum di Pasir Gudang.Sewaktu menjawab soalan pada sidang akhbar selepas majlis itu beliau ada sudah membayangkan kemungkinan ada hadir ke himpunan haram itu.

Kehadiran beliau ke himpunan itu walau atas apa alasan sekalipun mengejutkan ramai pihak mengenangkan pendirian tegas beliau sebelum ini yang cukup anti-Bersih dari dulu lagi.

Ini lebih-lebih lagi ramai yang melihat Bersih selama ini memang membawa agenda pembangkang untuk menghakis sokongan rakyat pada kerajaan.

Sementara itu himpunan Bersih 4.0 jelas nyata berbeza dengan tiga himpunan Bersih di masa lampau.

Sekalipun ia berlansgung dalam suasana aman,majoriti yang menyertainya kali ini adalah kaum Cina.

Ada yang anggar jumlah mereka sekitar 80 peratus dari keseluruhan yang menyertai himpuan haram itu.

Ikut ceritanya kurangnya orang Melayu menyertai himpunan kali ini kerana PAS tidak turut serta.

Muka-muka yang nampak di himpunan  itu adalah dari kalangan pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB),puak yang tewas habis dalam pemilihan PAS.

Himpunan rasminya bermula jam 2 petang dan dijadual berlangsung hingga Ahad malam.

Polis anggar kehadiran bersih 4.0 sekuitar 25,000.

Namun penganjur jenuh menjaja konon 200,000 orang hadir.

Portal dan blog pembangkang pula dok kompang konon 100,000 hadir.Ada yang kata 50,000.

Kalangan pemerhati bebas pula anggar pada waktu puncak paling ramai pun jumlahnya tidak lebih 30,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana