Propaganda RM tak laku... mari tukar dengan kami kata MAMSB

Kepada mereka yang hendak ke luar negara... tok sah panik dengan segala macam cerita di media sosial... kalau hendak tukar duit, tukar siap-siap dalam negara.
Ini kerana bekalan mata wang asing biasa mencukupi dalam pasaran bagi memenuhi permintaan semasa, kata Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).

Bekalan juga mencukupi untuk memenuhi permintaan bermusim seperti musim Haji, demikian menurut persatuan itu dalam satu kenyataan Khamis.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menukar mata wang dengan pengurup wang berlesen di Malaysia sebelum ke luar negara," kata MAMSB.

Menurut persatuan itu lagi, orang ramai yang berdepan kesukaran untuk membeli mata wang yang diperlukan boleh menghubungi persatuan di talian 03-7722 5808.

Kini terdapat lebih 350 pengurup wang berlesen di lebih 1,500 cawangan di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana