Peserta Bersih 4.0 Mula Berhimpun Di Lokasi Utama...Sialll jer


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Jelas larangan pihak polis terhadap perhimpunan haram Bersih 4.0 tidak diendahkan penganjur dan peserta, dan sehingga kini kawasan tumpuan utama berdekatan Dataran Merdeka sudah mula dibanjiri individu berpakaian kuning 'Bersih 4'.

Tinjauan RakyatNews sehingga jam 12.30 tengah hari, kumpulan-kumpulan ini sudah mula berkumpul di Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo, Pasar Seni dan pusat beli-belah KLCC.

Beberapa kawasan lain dipercayai turut menjadi tempat berkumpul adalah di sekitar Masjid Jamek dan Brickfield.

Himpunan ini yang rata-ratanya disertai kumpulan pro-pembangkang walau bagaimanapun tidak disertai PAS yang telah melarang anggotanya dari menyertai Bersih.

Wakil-wakil rakyat dari PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sementara itu masih tetap dengan pendirian untuk berkumpul selama dua hari sehingga esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana