Perhimpunan Bersih 4.0 mengundang kemusnahan, dosa


KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung minggu ini bukan sahaja bertentangan ajaran Islam, bahkan membawa kepada kemusnahan dan mengundang dosa, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadlan Mohd Othman berkata, meskipun ada yang berpendapat perhimpunan itu bertujuan menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan, ia tetap menyalahi syariat Islam.

"Kebiasaannya di awal perhimpunan suasana kelihatan aman namun di saat-saat akhir tidak mustahil akan wujud insiden kekecohan seperti mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menjejaskan keharmonian dan keselamatan orang awam.

"Perhimpunan ini juga menjejaskan sumber pendapatan golongan peniaga terpaksa menanggung kemusnahan dan kerugian harta benda akibat kekecohan yang berlaku seperti perhimpunan Bersih sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Fadlan, yang juga Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) berkata, pihak penganjur wajar berfikir secara konstruktif serta berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik berbanding memilih mengadakan perhimpunan haram ini.  

"Jika kita ingin menegur seseorang pemimpin, kita seharusnya berbalik kepada al-Quran dan hadis kerana dalam Islam kalau kita mahu menegur kesalahan pemimpin itu biarlah dengan cara berhemah (berdepan dengan pemimpin), pilih tempat yang ada privasi untuk menegur dan bukan di khalayak ramai sehingga menjatuhkan maruah pemimpin itu.

"Pada masa sama, pemimpin juga perlu memberi peluang kepada rakyat untuk meluahkan perasaan mereka kerana tanpa saluran yang betul rakyat akan lebih beremosi dan meluahkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti media sosial (seperti Facebook, Twitter, WhatsApp)... Ini akan menjejaskan nama baik pemimpin itu sendiri sebagai ketua negara," katanya.
    Fadlan berkata, perhimpunan haram ini secara tidak langsung mengganggu emosi rakyat dan mengakibatkan mereka keliru sedangkan mereka yang sepatutnya lebih rasional dan lebih menghayati erti kemerdekaan.

    Polis Diraja Malaysia berulang-kali menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 kerana perhimpunan itu menyalahi undang-undang tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka adalah lokasi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos.
- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana