Penyokong GHB mahu tubuh Parti Progresif Islam - Zahid

MARANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan kepimpinan PAS yang menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) sudah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menubuhkan sebuah parti baru dikenali sebagai Parti Progresif Islam.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat penyokong GHB yang tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan kepemimpinan ulama PAS diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada ROS supaya memaklumkan kepada ahli PAS berkenaan supaya memilih nama lain bagi parti baru itu yang tidak mempergunakan nama Islam.

"Kita tidak mahu mana-mana parti yang menggunakan nama agama kerana Islam bukan saja untuk mereka, tetapi juga untuk kita.

"Kita tidak mahu kesilapan dulu berulang. Agenda Islam adalah agenda bersama, bukan untuk parti tertentu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Marang di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana