Nazir Razak Ikrar Bantu Pulihkan Ekonomi Negara

PETALING JAYA 27 Ogos - Datuk Seri Nazir Razak berjanji menyatakan kebenaran kepada 'mereka yang berkuasa' selepas dipilih menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan.

"Saya menjangkakan penubuhan jawatankuasa baharu, tapi bukan saya sebagai sebahagian daripadanya, kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi posting terbaharu di Instagram pada Khamis.

Mengakui terkejut dengan pelantikan itu, Nazir bagaimanapun berharap beliau mampu membantu kerajaan menguruskan ekonomi negara.

"Bagaimanapun saya akan bercakap benar kepada pihak yang kuasa dan berharap ia akan membantu kerajaan untuk mengemudi ekonomi melalui kegawatan ini," kata Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Rabu Najib mengumumkan struktur dan fungsi penubuhan JKE yang akan menimbang perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi Malaysia.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata JKE yang akan melapor terus kepada beliau, akan mempertimbangkan penelitian terhadap isu-isu semasa seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

JKE diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana