MAHATHIR PUNCA UMNO LEMAH

Mahathir adalah punca kepada kelemahan UMNO. Tetapi dia pernah membuat UMNO kuat sekali dalam 16 tahun yang lalu.

Statistik tidak berbohong.

PRU 1999 , Mahathir telah mengakibatkan UMNO kehilangan yang mengejutkan iaitu 24% daripada kerusi mereka - turun 22 kerusi daripada 93.

2004.- Mahathir telah membuat UMNO kembali kuat kerana bersara daripada politik, tidak lagi bertanding dan berdiam diri dan membiarkan pengganti beliau melakukan kerjanya.

Dengan serta-merta, UMNO memenangi 53% kerusi lagi dan melompat dari 71 kerusi kepada 109 - dalam keputusan yang terbaik yang pernah dicapai UMNO dan BN.

2008: Mahathir kembali membuat UMNO lemah dengan terus menyerang pengganti beliau dan usaha menyerang parti sendiri selama bertahun-tahun membuatkan UMNO kehilangan 38% kerusi.

Pada tahun 2013, Najib memenangi 9 kerusi lagi untuk UMNO dan terus memperkukuhkan lagi partiUMNO. Mahathir juga agak tenang tempoh ini tanpa membuat sebarang masalahkepada Umno.

Najib mewarisi UMNO yang sudah pun mempunyai rakan-rakan yang agak lemah dari parti BN kecuali PBB. UMNO dengan saki-baki penyokong parti-parti komponen yang lain bukan sahaja perlu untuk menangkis serangan dari pihak pembangkang tetapi juga serangan dari orang-orang yang berpegang teguh kepada kemahuan dan kehendak Mahathir merealisasikan cita-cita peribadi mereka sendiri. Serangan inilah yang membuat UMNO berada dalam keadaan seperti sarkas sekarang. Ianya di tambah pula dengan golongan opportunis dari kalangan pemuda yang kelaparan dan mengambil peluang yang ada untuk menjadi hero dan popular.

Oleh itu, ini adalah bukti yang tidak dapat dinafikan di mana kita boleh membuat dua kesimpulan:

1) Mahathir adalah punca utama kelemahan UMNO dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi.
2) Jika anda ingin UMNO untuk menjadi kuat dan relevan, suruh Mahathir untuk menutup mulutnya.

Saya katakan ini lagi dan lagi. STFU dan biarkan pemeritah sekarang melakukan kerja mereka. Lebih banyak anda menyiram minyak ke atas api, lebih besar kebakaran serta kerugiannya.

Tetapi tidak semua orang mempunyai kuasa pemikiran untuk memahami logik yang mudah seperti itu.

Mahathir telah membawa masalah kepada semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdul Razak itupun kerana beliau meninggal dunia awal. Mahathir yang membuat situasi di mana Tunku Abdul Rahman telah "dipaksa" melepaskan jawatannya.

Jika anda kembali ke awal tahun1980-an, ia adalah Mahathir yang menyucuk serta 'memaksa' Sulaiman Palestin untuk memberi cabaran terhadap Tun Hussein Onn. Kemudian Mahathir menggesa Ku Li untuk mencabar Musa Hitam. Mereka yang berusia 30-an tidak akan ingat bagaimana UMNO berpecah kepada Team A dan Team B selepas Ku Li mencabar Mahathir dan UMNO diisytiharkan haram tidak lama kemudian. Dan kerana pertelingkahan antaraTeam A dan Team B, Mahathir mengubah perlembagaan UMNO ke dalam bentuk yang lain, dan menukar tatacara dan kaedah bagaimana seorang Presiden UMNO dipilih. Bagaimana kita boleh lupa bahawa kerana Team A dan Team B inilah Mahathir telah memecat beberapa menteri termasuk Pak Lah, Allahyarham Ajib Ahmad dan beberapa yang lain.

Kemudian Mahathir turut kehilangan Kelantan pada tahun 1990 (sehingga kini) kepada PAS. Itu adalah tamparan yang paling besar kepada BN pada masa itu. Kemudian sekali lagi pada tahun 1999 apabila BN kalah di Terengganu pula. Siapa yang masih ingat pertelingkahan Wan Mokhtar-Yusuf Noor dan mengapa ia berlaku?

Musa adalah terlalu 'bijak' untuk Mahathir. Semua orang tahu ini. MM (Mahathir-Musa),gandingan ini merupakan gandingan yang mantap sekali tetapi Mahathir tidak senang dengan 'kebijakan' Musa Hitam. Akhirnya, Mahathir menggunakan peristiwa Memali untuk menggulingkan Musa Hitam pada hal di hari kejadian tersebut Mahathir berada di dalam negara walaupun seringkali kita dengar dia berbohong mengtakan dia berada di luar negara. Mahathir tidak berhenti setakat itu sahaja. Dia mengambil Ghafar Baba sebagai timbalannya, tetapi penglihatan sebenar adalah pada Anwar.

Ghafar adalah seorang yang patuh kepada ketuanya dan menyenangkan dan personaliti begini amat sesuai dijadikan timbalan, tetapi bukan sebagai pengganti. Anwar pula mempunyai ramai pengikut terutama daripada organisasi yang dia pernah terajui iaitu ABIM. Mahathir menggunakan organisasi Allahyarham Rahim King, Kelab Bekas Komando Malaysia, untuk mengatur laluan mudah kepada Anwar dan menghalang apa-apa saja tentangan serta cabaran terhadap Anwar dari dalam parti. Akhirnya, Ghafar, yang cukup setia, telah digugurkan dengan cara yang memalukan dibantu oleh tangan yang tersembunyi.

UMNO menjadi lemah selepas perpecahan team A dan team B. Ahli-ahli parti menjadi bosan dengan Mahathir awal tahun 90an kerana sudah lama Mahathir berkuasa. Hanya satu alasan saja untuk mereka terus menyokongnya ialah kerana mereka nampak seorang pemimpin muda dan berkarisma iaitu Anwar Ibrahim ( pada masa itu ). Akhirnya, UMNO telah menemui watak muda dan bertenaga yang bakal menggantikan Mahathir dan semua orang menunggu hari itu.

Sudah tentu, tanpa diketahui pada awalnya oleh Mahathir dan Cawangan Khas itu, Anwar terlibat dalam aktiviti tidak sihat yang DAP telah mula menghidunya sejak tahun 1984 tetapi hanya membawanya ke dalam perbahasan parlimen pada tahun 1997 oleh mendiang Karpal Singh, dan kemudiannya Anwar diberi gelaran "Sheikh Anwar al-Juburi oleh Mat Sabu ketika.Mahathir juga sudah mengetahui aktiviti tidak sihat Anwar sejak 1993 apabila Ketua Polis Negara ketika itu memberitahunya. Beliau tidak bertindak tetapi hanya bertindak apabila Anwar mula menentangnya.

Secara semula jadi apabila Mahathir memecat Anwar ,UMNO menjadi lebih lemah lagi. Dalam pilihan raya 1999 Sanusi juga menjadi mangsa kepada kemarahan rakyat terhadap Mahathir. Ribuan manusia turun berdemonstrasi meminta Mahathir berundur.

Langkah kotor Mahathir terhadap Najib juga telah mendapat sokongan daripada sebuah keluarga diraja sebuah negeri. Ironinya, pada tahun 1983 Mahathirlah yang cuba menghalang Datuk kepada ahli keluarga DiRaja ini daripada menjadi YDP Agong.Hampir setiap minggu helikopter Nuri akan membawa Perdana Menteri ketika itu ke Kuala Kangsar untuk meyakinkan Sultan Idris, untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong. Takdir telah menentukan , Sultan Idris telah kembali ke rahmatullah pada awal tahun 1984 dan Sultan Iskandar menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong pada bulan April 1984.

Mahathir tidak senang dengan situasi ini dan telah menyebabkanberlakunya krisis perlembagaan yang hampir menyaksikan kerajaan awam yang digulingkan oleh tentera. Satu-satunya masalah tentera ketika itu adalah kekurangan hubungan dengan masyarakat umum dan memerlukan pihak polis. Walaupun pihak polis menyokong idea itu tetapi mereka fikir ia bukan masa yang betul untuk rampasan kuasa dan ianya gagal. Krisis perlembagaan berlaku sehingga 1993 apabila kuasa Raja-Raja Institusi telah dikurangkan.

Jadi, UMNO telah dipersalahkan sedangkan segala-galanya dilakukan oleh Mahathir untuk dirinya sendiri, atau bagi mereka yang rapat dengan beliau. Dan seperti yang dinyatakan, Pak Lah mewarisi UMNO yang lemah dari Mahathir. Semua proksi UMNO sebelumnya tidak dibenarkan untuk membantu dalam hal kepada BN selepas Mahathir meletak jawatan. UMNO ditinggalkan bukan sahaja lemah, ia juga ditinggalkan tanpa kewangan yang kukuh, kecuali apa yang telah diserahkan kepada Pak Lah.

Kerajaan kini mempunyai Jawatankuasa Pemulihan Hasil untuk mendapatkan semula hasil kerajaan yang hilang, sudah tiba masanya UMNO juga mempunyai satu instrumen yang serupa.

Sekarang ini di mana bila keyakinan dunia terhadap Malaysia agak lemah kerana agenda peribadi Mahathir dan kroni-kroninya yang terus menyimbah minyak tanpa henti-henti ke atas api yang sedang membakar atas alasan kononnya mahu menyelamatkan parti dan negara. UMNO dan PAS kini mengalami defisit kepercayaan dan bakal yang bakal jadi pemenang dalam semua ini adalah DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru.

Dan dengan logik Mahathir, hanya Najib perlu memikul kesalahan apabila beliaulah punca segala kemelut yang melanda sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana