Krisis dalam GHB... siapa terbaik pimpin parti baru...Giler Kuasa Mana Boleh Tahan Lama



Belum apa-apa lagi... sudah kedengaran kes berebut jawatan dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) yang merancang untuk melancarkan Parti Amanah Rakyat (Amanah) pada 31 Ogos ini.
Khabar angin bertiup kencang mendakwa kumpulan serpihan PAS itu kini dilanda krisis dalaman.

Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mula memberi saingan kepada kepimpinan Mohamad Sabu iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Husam Musa.

Mujahid kerana pengetahuan agamanya serta anak bekas Presiden dan Mursyidul Am PAS Haji Yusof Rawa, manakala Husam dilihat susuk nasional yang sesuai untuk menggantikan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri anwar Ibrahim.

Khabar angin krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Pengerusi GHB Pulau Pinang, Mujahid dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji’15.

Melalui program itu, Mujahid dilihat cuba menonjolkan dirinya lebih ke depan berbanding dengan Presiden GHB, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Malah, Mujahid juga lebih banyak bercakap soal GHB dan struktur parti baharu itu.

Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.

“Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.

“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu kepada media sebelum ini.

Mat Sabu berkata demikian pada malam Jumaat semasa sidang akhbar yang diadakan selepas pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu.

Sejak GHB telah ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

Ramai yang mengkritik beliau dengan berkata beliau bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah gagal dalam beberapa pilihan raya umum dan dakwaan mempunyai kaitan dengan Syiah.

Mat Sabu walaupun dikenali sebagai penceramah popular tetapi bukan seorang strategis yang berkeupayaan untuk memantapkan parti baru tersebut.

Blogger pro PAS, Nordin Ali melihat saingan Mat Sabu adalah Husam yang sebelum ini lebih banyak menyepi diri.

“Mengikut penganalisis politik, Husam Musa akan menggantikan Mohamad Sabu memimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya akan mempimpin parti baru Parti Amanah Rakyat (AMANAH).

“Sebahagian besar daripada kumpulan GHB yang pro kepada Husam sedang membuat kempen “Husam Ganti Anwar” bagi memimpin Pakatan Rakyat 2.0 yang akan di tubuhkan setelah Anwar Ibrahim tiada (penjara).

“Mengikut penganalisis berkenaan idea kumpulan pro Husam dalam GHB mendapat tentangan daripada sebahagian besar pengerak GHB terutama yang pro kepada Mohamad Sabu.

“Tulisan rencana Mohd Azhar Abd Rahman di The Malaysian Insider dua hari lalu bertajuk “Husam ganti Anwar – Mohd Azhar Abd Rahman” telah memberikan maklumat awal tentang gerakan dalam GHB untuk menaikan Husam sebagai pemimpin menganggatikan Mohamad Sabu,” ulas Nordin.

Menurutnya, Mohd Azhar menulis dengan satu mesej yang tajam iaitu hanya Husam yang layak memimpin GHB, berbanding dengan Mat Sabu.

“Dalam tulisan berkenaan ketokohan Mohamad Sabu seolah-olah dipertikaikan. Saya pernah menulis dua artikel mengenai Mohamad sabu tidak layak memimpin GHB dari sudut pandangan kumpulan GHB sendiri. (rujuk sini dan sini)

“Gerakan menaikkan Husam Musa sebenarnya tidak disenangi oleh kumpulan pro Mohamad Sabu,” ulas blogger PAS itu lagi.

Bagaimanapun berdasarkan foktor kesihatan, Husam dipercayai sukar untuk memimpin GHB menjadikan Mujahid sebagai calon terbaik untuk menerajui Parti Amanah Rakyat yang dijadualkan akan dilancarkan 31 Ogos ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana