KM Sarawak sudah pilih tarikh pilihan raya negeri...Insyallah kemenangan Besar BN

PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menghangatkan lagi spekulasi pilihan raya negeri apabila memaklumkan beliau sudah memilih tarikh sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

"Tarikh PRN11 sudah saya pilih dan tetapkan, cuma belum tiba masa sesuai untuk ia diberitahu kepada anda (media)," katanya sambil menyatakan sudah semestinya pilihan raya itu diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Jun tahun depan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak ditemui selepas melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, di sini sebentar tadi.

Katanya, proses pemilihan hampir semua calon yang akan membawa bendera BN sudah dimuktamadkan.

"Cuma ada beberapa orang sahaja lagi sedang kita teliti," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata jentera pilihan raya BN Sarawak sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya jika diadakan lebih awal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana