Kemelut ekonomi: Ulama PAS cadang Najib jemput wakil parti politik dalam jawatankuasa khas

KUALA LUMPUR: Seorang ulama PAS menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjemput serta melibatkan wakil parti-parti politik dalam jawatankuasa khas ekonomi untuk menangani kejatuhan mata wang negara.

Justeru, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mencadangkan Perdana Menteri bersikap terbuka dengan menjemput wakil parti politik untuk turut serta dalam panel khas itu.

"Yang pertamanya Perdana Menteri mesti terbuka, beliau mesti menjemput wakil-wakil daripada parti-parti politik lain.

"Kerana dalam parti-parti politik ini ia mempunyai pakar masing-masing...ada pakar ekonomi yang mirip kepada PAS, ada pakar ekonomi yang mirip kepada PKR dan ada pakar ekonomi yang mirip kepada Umno," katanya kepada Antarapos.

Awal minggu ini Najib mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) berikutan kemelut ekonomi yang berlaku, menyaksikan nilai mata wang negara jatuh merudum dan semakin membimbangkan.

JKE akan berfungsi untuk mempertimbangkan perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi negara termasuk dalam isu-isu semasa seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang turut dianggotai pakar-pakar ekonomi, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan selain akan menjemput mana-mana pihak memberi cadangan kepada JKE dalam usaha melonjakkan ekonomi.

Tegas Nik Zawawi, penglibatan wakil parti politik pembangkang boleh membuka lebih banyak idea baru berbanding sebaliknya yang bakal menyaksikan langkah serupa diambil tanpa sebarang perubahan.

"Jadi kalau isu yang membabitkan negara yang dijemput hanya pakar-pakar cenderung kepada Umno ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia akan mengikut rentak yang sedia ada," katanya.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ini lagi, apa jua keputusan yang dimuktamadkan jawatankuasa tersebut perlu dilaksanakan di peringkat nasional tanpa mengenepikan pihak lain.

"Tapi kalau Perdana Menteri menjemput pakar-pakar daripada PAS dan parti-parti yang lain di mana ia kena terbuka kemudian perlu dilaksanakan di peringkat nasional.

"Maka insya-Allah ia akan memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana