Ingatt Tu Sekelian....PERKESO tak lindungi pekerja sengaja sertai Bersih 4.0

MARAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak melindungi mana-mana pekerja berdaftar dengan agensi itu yang terbabit dalam kemalangan berikutan sengaja menyertai perhimpunan Bersih 4.0 esok.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata individu yang diarahkan atau terperangkap di lokasi perhimpunan itu saja yang akan dilindungi seperti yang termaktub dalam undang-undang PERKESO.

Beliau berkata, PERKESO hanya melindungi pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika bekerja selain ditimpa kecelakaan dalam perjalanan pergi serta pulang ke lokasi bekerja.

"Jika mereka sengaja menyertai perhimpunan haram itu, PERKESO tidak akan lindungi mereka kerana seperti sedia maklum ia di luar bidang pekerjaannya dan tindakan individu itu jelas menyalahi undang-undang," katanya di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana