Hajat GHB rupanya nak pakai nama Parti Progresif Islam untuk parti barunya...Buat Burukkan Nama Islam Saja

Rupanya geng Gerakan Harapan Baru (GHB) ada hati nak pakai nama 'Islam' pada parti baru yang hendak mereka bentuk.Hajat mereka hendak namakannya Parti Progresif Islam untuk bersaing dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan tidak akan ulangi kesilapan masa lampau yakni beri kebenaran kepada sesebuah parti guna nama ' Islam'.

Katanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan GHB untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baharu yang hendak ditubuhkan.

Beliau yang juga Menteri dalam Negeri beritahu demikian dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, di Marang Jumaat.

Katanya ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

"Mereka mengharapkan agar golongan yang berada dalam PAS tetapi tidak setuju dengan ulama tetapi setuju dengan Islam yang progresif, dapat menyokong parti itu.

"Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak akan benarkan mana-mana parti menggunakan nama agama kerana Islam bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk kita dan untuk orang Islam yang tidak ada parti," katanya.

Kata Zahid beliau tidak mahu mengulangi kesilapan lepas yang membenarkan sebuah parti politik menggunakan nama Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

"Kita tidak mahu kesalahan dulu yang memberikan keizinan kepada sebuah parti menggunakan nama Islam sehingga memberi tanggapan seolah-olah hanya dengan menyertai parti itu kita memperjuangkan Islam dan masuk syurga.

Sehubungan itu, katanya ROS akan memberikan surat kepada pemimpin GHB agar memilih nama lain untuk digunakan pada parti baharu berkenaan.

Zahid berkata, sebagai sebuah negara yang demokratik, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu di negara.

Namun dalam masa yang sama, katanya beliau berharap parti baharu yang ditubuhkan itu tidak memecah belahkan orang Melayu.

"Jangan cuba memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Kita mahu seluruh Melayu, jika atas agenda memperkasakan Melayu dan negara, perlu bersatu hati tidak kira dalam parti politik mana sekalipun (kita) berada," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana