Bumiputera tolak Bersih - tinjauan Merdeka Center

Tinjauan pendapat oleh NGO pro pembangkang Merdeka Center menunjukkan rata-rata penduduk Bumiputera di negara ini menolak Bersih.

Sebanyak 70 peratus orang Melayu daripada 600 responden menolak Perhimpunan Bersih 4 yang dijadual bermula Sabtu hingga 30 Ogos, lapor Merdeka Center.

Menurut, satu tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center kebanyakan kaum Melayu tidak berminat dengan Perhimpunan Bersih 4 berbanding kaum Cina dan India.

Daripada 600 responden berbangsa Melayu hanya 30% menyokong Perhimpunan Bersih 4. Manakala, 81% kaum Cina dan 51% daripada India memberi sokongan kepada Bersih 4.

Tinjauan tersebut dibuat kepada 1,000 responden, di mana 310 dan 90 responden masing-masing terdiri daripada kaum Cina dan India.

Secara keseluruhan 47% menolak Perhimpunan Bersih 4, manakala 43% yang lain menyokongnya.

Tinjauan tersebut turut mendapati bahawa golongan lelaki memberi sokongan yang lebih iaitu 48% berbanding wanita yang hanya 39% sahaja.

Manakala, golongan berpendapatan RM3,000 ke atas lebih minat dengan penyertaan di Perhimpunan tersebut dengan 51%.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana