‘Bersih’ Berjaya Hapus Semangat Merdeka

TINDAKAN pertubuhan haram seperti Bersih memilih hari seperti cuti Merdeka untuk melancarkan gerakan terancang mereka bagi menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, secara tidak langsung telah menghakis nilai sayangkan negara dikalangan generasi muda, malah segelintir yang tua-tua ini pun.

Paling sedih tu, jenis yang nenek moyang dulu dapat kerakyatan melalui Jus Soli (bukan sebab penduduk asal negara ini) pun tak berminat nak kenal sejarah sendiri, lebih sibuk cari jalan bagaimana nak tumbangkan kerajaan di jalanan saja. Padahal, inilah masa yang sesuai, bila lagi?

Cakap pendatang kang pandai pulak kecik hati.

Apa pun, rujuklah mana gerakan seumpamanya di dunia, Hongkong, Mesir, Thailand dan lain-lain, mana ada menunggu cuti umum baru nak berhimpun, berdemonstrasi memprotes kerajaan. Hanya di Malaysia saja nak demo lepas rasa tidak puas hati terhadap kerajaan kena tunggu hari cuti umum, cuti hujung minggu dan sebagainya dulu.

Di Malaysia saja jadi macam itu sebab bukanlah perhimpunan haram macam itu asli pun tapi direka dan dirancang supaya nampak macam real sangat lah rakyat Malaysia ini tertekan dan hidup tertindas kononnya.

Logiknya, mana ada orang tertindas tunggu hari cuti baru nak tunjuk perasaan?

Tapi itu lantak dialah, yang penting sekarang, keputusan mengadakan demo haram pada tiap kali cuti umum yang bertembung dengan cuti hujung minggu ini, telah merosakkan peluang rakyat nak kenal negara sendiri setahun sekali.

Itu yang kadang-kadang penulis angin dengan para penggerak Bersih ni sebab mereka tahu apa yang dibuat tu tak betul dan tak kena dengan masa tapi tetap dibuat juga.  Kerosakan mental segelintir rakyat Malaysia ini diambil peluang untuk melaksanakan kerja kerja jahat mereka, tak fikir perasaan majoriti yang lebih besar langsung.

Maka itu, pihak polis perlu bertegas dengan puak-puak ini.  Jangan bagi muka sebab kita dah muak dengan demo yang direka-reka ni.  Orang gila patut dimasuk dalam hospital gila atau penjara bukan dibenar tunjuk kegilaannya di atas jalan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana