Bersih 4.0...sudah nampak jantan betinanya

Betul ke bohong?.Dengar sana sini ramai yang sudah bercakap bab ini.Apa yang zahirnya nampak jelas senario menjelang Bersih 4.0 agak berbeza sekali dengan tiga perhimpunan haram itu yang diadakan sebelum ini.
Cuba lihat himpunan untuk promosi Bersih 4.0 yang diadakan di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor Rabu malam lalu.

Kira punya kira dari sekitar 1,000 orang yang berhimpunan memekak dengan t-shirt kuning mereka hampir 90 peratus dari mereka adalah orang Cina.

DAP pula kali ini tampil galak lain macam ajak orangramai sertai himpunan 29 dan 30 Ogos itu.

Tengok bagaimana garangnya wajah otai DAP Lim Kit Siang dan barisan pimpinan DAP lain dalam sidang akhbar bercakap pasal Bersih 4.0.

Juga promosi di internet dan media sosial banyak menampilkan wajah orang Cina.

Ini termasuk taktik mengunakan wanita seksi dengan t-shirt Bersih 4.0 yang jadi bahan bualan ramai.

Jadi nak kata bohong pun susah melihat perkembangan yang lain macam ini.Ia realiti di depan mata.

Entahlah...tapi ada yang cakap orang Cina terpaksa ambil barisan depan pada Bersih.40 kerana bimbang penganjuran himpunan haram itu kurang dapat sambutan.

Apa tidaknya.Semua orang tahu kali ini PAS bukan saja tidak terlibat malah tidak akan menyertai himpunan itu.

Bukan satu rahsia bahawa PAS jadi jentera utama yang tarik orang keluar khususnya orang Melayu sertai perhimpunan itu.

Dari segi kawalan keselamatan sendiri Unit Amal PAS yang main peranan utama.

PKR dari dulu dan kini cuma ada setakat nama.Parti itu memang diketahui tiada ada jentera yang tersusun macam PAS.

Bersih selaku NGO haram yang jadi tukang anjur juga setakat nama dan jadi jurucakap saja.

Ia cuma ada rangkaian kecil dengan sebilangan NGO pro pembangkang lain tetapi tidak ada jentera kerahan yang besar.

Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dibentuk oleh puak orang tewas dalam PAS juga masih di awang-awangan sekalipun sebilangan cawangan PAS sudah umum bubar kebelakangan ini.

Dalam situasi sebegini nampaknya jentera DAP yang jadi taiko.

Juga jangan lupa semasa tiga perhimpunan Bersih sebelum ini peratusan penyertaan orang Cina tidak begitu besar.Adalah sekitar 10 ke 15 peratus.

Melihat dari indikasi dari di himpunan di Batu Pahat ada kemungkinan senario itu berubah.

Malah ada yang cakap Bersih 4.0 akan lebih berupa himpunan orang Cina menentang kerajaan.

Apa nak hairan kalau jantan betinanya sudah nampak awal-awal lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana