Bersih 4.0...indah khabar dari rupa

Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Mungkin itu gambaran sesuai diberikan kepada perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara Sabtu.Jumlah kehadiran bukan saja jauh dari matlamat yang cuba dihebohkan konon 150,000 orang malah majoriti mereka adalah kaum Cina.

Tinjauan sejak awal pagi Sabtu mendapati kalangan lebih 25,000 orang peserta himpunan mula berkumpul di beberapa lokasi sejak 11 pagi Sabtu sebelum ini bermula jam 2 petang.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengetuai penunjuk perasaan yang berkumpul di Pasar Seni bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka disertai Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad dan pemimpin lain.

Mereka kemudiannya berarak dan berpecah menuju ke beberapa tempat seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek, serta di hadapan kompleks Membeli Belah Sogo sambil membawa sepanduk yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sehingga jam 3 petang, sepanduk dan banner yang menghina Najib terus dibawa bangsa yang sama antaranya berbunyi ‘if i received 2.6 billion’, ‘clean government’, ‘apa lagi Najib mahu’ dan banyak lagi.

Peserta berbangsa Melayu yang berpakaian t shirt rasmi Bersih yang berwarna kuning dilihat sekadar mengikuti perjalanan program tersebut.

Yang pasti perhimpunan haram ini jelas tidak bersifat non partisan sepertimana yang diwar-warkan lantaran penyertaan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bercakap di atas lori di kawasan hadapan Masjid Negara.

Turut serta ialah anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke.

Tidak ketinggalan, Pengerusi Gerakan Harapan Baharu, Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang mengingatkan peserta bahawa mereka memiliki masa 33 jam untuk menghuni kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemani anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di hadapan Kompleks Sogo pula mengambil kesempatan berucap memperjuangkan pembebasan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin PKR lain antaranya Rafizi Ramli, Tian Chua, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Zuraida Kamaruddin.

Di Brickfields pula ialah bekas pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga Sreenevasan.

Keadaan secara keseluruhan terkawal lantaran ratusan anggota polis mengambil kedudukan di kawasan sekitar Dataran Merdeka sejak awal pagi.

Polis turut memasang penghadang di sekitar Dataran Merdeka bagi mengelak pencerobohan di lokasi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini pada Isnin.

Perhimpunan yang pada awalnya agak bersemangat bagaimanapun semakin bertukar hambar sepertimana keadaan cuaca yang bertukar sekejap panas sekejap mendung.

Pada lewat petang,para peserta kelihatan seperti tidak berhaluan kecuali memekak dan duduk lelepak-lepak.

Ramai peserta yang pulang awal sebelum itu.

Apa pun setakat ini  tidak dapat dijangka samada bilangan peserta akan meningkat atau sebaliknya menjelang masa tamat perhimpunan jam 11.59 Ahad malam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana