Bersih 4.0 tidak ceroboh hadangan polis dan Dataran Merdeka, kata Maria...Boleh Percayai Ker?

SHAH ALAM: Penganjur Bersih 4.0 berjanji peserta tunjuk perasaan itu tidak akan merempuhi hadangan-hadangan pihak polis mahu pun mencerobohi Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata pihaknya tidak akan melakukan apa-apa yang boleh menjejas atau mencemar sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur pada Isnin depan.

"Kita tidak akan melampaui halangan-halangan yang telah diletakkan oleh pihak polis dan kita tidak akan masuk ke Dataran Merdeka bagi menghormati majlis raptai dan persiapan menyambut Hari Merdeka.

"BERSIH 2.0 telah dimaklumkan bahawa jalanraya yang ditutup bagi majlis raptai sambutan Hari Merdeka hanya ditutup pada waktu-waktu tertentu yang tidak melibatkan jangka masa perhimpunan Bersih 4.0 berjalan. Hal ini juga sudah disahkan oleh pihak polis.

"Kita akan mengakhiri acara perhimpunan aman 34 jam ini dengan laungan Merdeka tepat tengah malam 31 Ogos, dan semua peserta mesti bersurai," katanya  di laman rasmi BERSIH, hari ini.

Himpunan Bersih 4.0 akan tetap diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini biarpun tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malah Bersih 4.0 juga turut  diadakan di Kota Kinabalu dan Kuching pada hari yang sama.

Sementara itu, Maria dalam masa yang sama mengingatkan para peserta tidak melakukan perbuatan vandalisme atau provokasi sepanjang himpunan itu diadakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada hari ini mengambil tindakan akan menyekat laman sosial yang didapati mempromosikan Himpunan Bersih 4.0 demi menjaga keselamatan negara.

SKMM memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sosial, lebih-lebih lagi dalam perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Pihak polis sebelum ini menegaskan Bersih 4.0 adalah haram kerana melanggar beberapa peruntukan Akta Perhimpunan Aman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana