Bersih 4.0: Jabatan Amal PAS Larang Anggota Bertugas

PETALING JAYA: Jabatan Amal PAS melarang anggotanya daripada terlibat secara langsung dalam perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pengarahnya, Mohd Nazree Mohd Aris berkata, jabatan itu turut melarang anggotanya daripada memakai pakaian seragam atau lambang yang mewakili pasukan berkenaan.

Bagaimanapun menurut Mohd Nazree, jabatan itu tidak menghalang anggotanya daripada menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 atas kapasiti dan kemahuan individu.

"Tiada arahan kepada anggota Jabatan Amal untuk bertugas mahupun menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekalipun jabatan ini merupakan tunjang utama perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Arahan berkenaan kata Mohd Nazree adalah selari dengan pendirian PAS untuk tidak mengerahkan anggotanya menyertai Bersih 4.0.

Jelas Mohd Nazree, larangan memakai pakaian yang mewakili Jabatan Amal juga bertujuan mengelak daripada sebarang provokasi dan tindakan sabotaj pihak yang tidak menyokong Bersih 4.0.

"Sekiranya terdapat mana-mana individu yang bukan anggota Jabatan Amal memakai pakaian jabatan ini, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu tersebut.

"Jabatan Amal juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana anggotanya yang melanggar arahan ini dan sekiranya berlaku sebarang kesalahan, kerosakan, kecederaan mahupun kerugian ke atas mana-mana pihak semasa perhimpunan Bersih 4.0, maka segala liabiliti itu akan ditanggung oleh individu tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana