Bersih 4.0 cabar kedaulatan negara...Sengaja Nak Burukkan Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Perhimpunan haram Bersih 4.0 Sabtu ini dianggap mencabar kedaulatan negara kerana aktiviti itu dianjurkan menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.
Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, penganjur demonstrasi itu juga secara jelas menggambarkan niat tidak baik kerana me­nganjurkan demonstrasi pada hari penting negara.

Katanya, penganjur tidak memikirkan sensitiviti sebahagian besar rakyat Malaysia yang tidak menyokong tindakan ekstrem tersebut.“Malah, demonstrasi jalanan itu juga boleh menumbangkan kerajaan dengan secara paksaan dan bukan demokrasi seperti yang dilakukan oleh golongan penentang kerajaan di Bangkok, Thailand tahun lalu.

“Mereka ini lebih kepada sabotaj dan tidak patriotik kepada negara. Mereka cuba mencabar kedaulatan negara dan mengganggu-gugat ketenteraman di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengisytiharkan perhimpunan Bersih pada Sabtu ini sebagai perhimpunan haram selepas penganjurannya gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya matlamat demonstrasi jalanan ini adalah untuk menumbangkan kerajaan, langkah itu tidak wajar dan sia-sia.
Katanya, terdapat pelbagai ka­edah dan cara yang boleh diambil oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan seperti menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

“Mereka perlu menunggu PRU akan datang atau timbulkan perkara yang tidak puas hati itu di dalam Parlimen. Pelbagai cara ada. Malah, para peserta demonstrasi juga tidak perlu membuta-tuli menyertai demonstrasi jalanan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti negara-negara luar se­perti di Mesir, Iran dan beberapa negara lain yang cuba ditumbangkan melalui demonstrasi jalanan. Itu bukan cara kita,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana