Adakah Najib Kalahkan Musuh Dengan “Checkmate”?

Blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin akhir-akhir ini telah memuatnaik beberapa maklumat menarik mengenai keadaan politik semasa.

RPK, sering dirujuk oleh pengikut-pengikut beliau,mengekalkan reputasi beliau melalui pendedahan yang diperoleh daripada rangkaian sumber yang tidak ketahui tetapi amat boleh dipercayai. Penulisan beliau dipandang serius oleh pemerhati politik. Buat masa ini, beliau telah memberikan butiran plot yang gagal sebagaimana dalam blog beliau, “pulling back the curtains just enough to give a peep” permainan yang cukup kompleks sedang berlangsung sudah beberapa bulan.

Siri terbaru beliau mengecewakan kepada mereka yang berharap agar Ahli Parlimen memberanikan diri untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib. Menurut RPK, Najib bukan sahaja bersedia untuk undi tidak percaya malahan beliau mengalu-alukannya. Sekiranya Ahli Parlimen mendapatkan sokongan yang cukup untuk undi tidak percaya maka Najib akan menasihati Yang diPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum mengejut.

RPK menulis bahawa pasukan Najib “Boffin Boys” telah membuat kira-kira dan menjangka Umno akan memenangi 100-110 kerusi, peningkatan sebanyak sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen. Untuk mengukuhkan lagi majoriti, menurut RPK, Najib kemudian akan tunduk kepada tuntutan autonomi dan pembangunan yang lebih besar di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti selesa 150 kerusi di Parlimen. Dengan sendirinya 150 ahli-ahli parlimen ini merupakan orang-orang kanan Najib yang paling setia, dengan itu proses undi tidak percaya jadi usaha yang sia-sia.

Jika ini situasi kes tersebut, maka tindakan membawa usul undi tidak percaya ke Parlimen hanya memberi peluang kepada Najib untuk terus mengukuhkan pertahanan beliau dengan membuang mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoalkan atau menentang beliau dalam isu sumbangan derma RM2.6 bilion atau hutang 1MDB RM42 bilion. Samada perkara ini akan terus menyebelahi Najib merupakan isu untuk diperdebatkan, tetapi memandangkan beliau telah berjaya menempuh semua percubaan untuk menjatuhkan beliau setakat ini, kita perlu percaya kepada jentera “Boffin Boys” Najib yang bijak dalam mengatur strategi.

Sudah tentu, kelemahan pembangkang baru-baru ini memainkan peranan di dalam pelan induk ini. Dengan DAP dan PKR tidak lagi sehaluan dengan PAS, dan dalam keadaan PAS semakin bercita-cita tinggi, maka pertembungan bakal berlaku dalam pilihanraya, memecahkan undi akan memberi kemenangan kepada calon-calon BN. Menurut khabar angin, BN berharap untuk menuntut semula Kelantan dengan menggunakan cara yang sama, dan kalau DAP, PKR dan GHB membuat keputusan untuk cuba untuk bertanding menentang PAS, maka ramalan tersebut akan kelihatan makin tepat.

Dengan Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu, Kelantan dan mungkin juga Kelantan dalam tangan, maka BN hanya perlu memberi tumpuan kepada kerusi boleh menang di negeri-negeri lain untuk menambah kemenangan yang selesa walaupun dalam keadaan susah. Walau bagaimanapun, mengenali Najib dan keinginan beliau sekarang untuk berdiri tanpa bertanding di bahagian atas, pelan induk itu akan menjadi lebih totalitarian. Khabar-khabar angin dalam Twitter mengatakan Najib merancang untuk mengadakan pilihanraya mengejut, samada wujud atau tidak undi tidak percaya. Jika itu berlaku, maka Najib akan menyerang hanya apabila beliau benar-benar yakin bahawa beliau boleh menang.

RPK juga membayangkan bahawa Ahli Parlimen BN minta sekurang-kurangnya RM5 juta untuk setiap undi mereka dalam gerakan undi tidak percaya, walaupun ada yang minta lebih, kerana Hee Yit Foong menerima RM25 juta untuk lompat dari DAP dan merampas Perak kembali ke dalam tangan BN. Dia juga menyebut bahawa gerakan anti-Najib telah menetapkan anggaran RM2 bilion untuk membiayai penyingkiran Najib. Malangnya, jumlah ini adalah peekara kecil untuk seorang Perdana Menteri yang boleh mendapatkan sumbangan derma sebanyak RM2.6 bilion tanpa sebarang syarat.

Bolehkah Najib mengalahkan musuh-musuhnya untuk satu “checkmate”? Jika mereka tidak boleh mengundi tidak percaya beliau dalam pilihanraya atau di Parlimen, maka apa langkah seterusnya bagi rakyat Malaysia yang terdesak mahukan perubahan? RPK menyebut beberapa kemungkinan, tetapi itu adalah kaedah yang melampau yang bertentangan dengan watak rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, musuh-musuh Najib, terutamanya Mahathir, mempunyai “Boffin Boys”mereka sendiri juga yang memang bekerja keras.

Persiapkan diri kamu sendiri, rakyat Malaysia. Ke mana sahaja keadaan ini bawa kita, ia tetap akan menjadi satu perjalanan yang berliku-liku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana