12 Penyokong BERSIH 4.0 Ditahan di Melaka

MELAKA 30 Ogos - Polis Melaka menahan 12 orang kerana didapati memakai kemeja-T kuning bercetak perkataan Bersih 4 yang dilarang mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata sembilan orang ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri kira-kira 100 orang di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini pada jam 10.30 malam tadi.

Beliau berkata tiga orang pula ditahan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di negeri ini pada petang semalam.

"Semua yang ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan dilepaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Chuah berkata pihak polis akan meneruskan pemantauan terutamanya di kawasan tumpuan hari ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai tidak terganggu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan arahan bertarikh 27 Ogos 2015 dan ditandatangani oleh Menterinya Datuk, Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengharamkan baju Bersih 4 atau penerbitan berkaitan dengan perhimpunan haram itu.

Pengharaman itu mula berkuat kuasa pada Jumaat lepas.

Sementara itu, tinjauan Bernama pagi ini di beberapa kawasan tumpuan antaranya di Bandar Hilir di sini mendapati orang ramai dan pelancong asing memenuhi kawasan itu seperti kebiasaan sempena cuti hujung minggu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana